Sandakan menjadi SCENES centre ke-28 di dunia

KOTA KINABALU: Pusat Kecemerlangan Alam Semula Jadi, Alam Sekitar dan Kelestarian Pengakap (SCENES Centre) Sandakan menjadi SCENES Centre ke-28 di dunia.

Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) Datuk Dr. Awang Zaini Suntim berkata, SCENES Centre berkenaan juga merupakan yang ketiga di Asia Pasifik dan yang pertama di Malaysia.


“Pemilihan dan pembukaan SCENES Centre ini adalah bertujuan memberi pendedahan, maklumat dan latihan kepada ahli-ahli pengakap di serata dunia berkaitan dengan kajian, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hujan dan alam sekitar negeri ini.


“SCENES Centre Sandakan dipilih kerana terdapat lebih dari tujuh kemudahan pusat penyelidikan yang terdapat di daerah ini dan ia bertepatan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Dunia,” beliau berkata di satu kenyataan media setelah membuat sesi kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Awang berkata Pusat SCENES ini akan memberi lebih banyak pendedahan berkaitan hutan hujan selain pertukaran maklumat dan teknologi berkaitan alam sekitar antara ahli pengakap serata dunia.

SCENES yang berpusat di Gilwell Scouts Nature Park, Sandakan dijangka akan dirasmikan dalam tahun ini dan dijangkakan bahwa Tun Juhar akan merasmikan pusat berkenaan. 

“Pada dasarnya Tun Juhar bersetuju untuk hadir dan kami serahkan kepada pihak istana untuk tentukan tarikh yang sesuai berdasarkan jadual kelapangan Tun Juhar,”

Awang Zaini./Penerangan-

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.