Community

Komuniti Pulau Osmadal bercucuk tanam

SEMPORNA: Sumbangan pelbagai pihak telah membolehkan komuniti pulau Osmadal di Semporna untuk menuai sayur bernilai tinggi walaupun mempunyai kekangan sumber air dan tanah.

Antara pihak yang terlibat dalam membantu aktiviti bercucuk tanam adalah warga Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, berkata program itu telah
mendapat penajaan daripada Maybank Asset Islamic Managment bagi membangunkan
“Kebun Atas Air” dengan menggunakan sistem hidroponik.

“Dengan kerjasama dan sokongan rakan industri membolehkan kita mengembangkan lagi
aktiviti-aktiviti yang membantu meningkatkan sosio-ekonomi, kesihatan dan pendidikan
masyarakat luar yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.

“UPM mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak dan universiti mempunyai pelbagai
modul yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan komuniti,” katanya.

Pengarah UCTC, UPM, Prof. Dr. Loh Teck Chwen berkata komuniti pedalaman perlu
dibantu terutamanya mendidik mereka bagaimana untuk menghasilkan sumber makanan
sendiri.

“Program ini akan disusuli dengan aktiviti lanjutan dan pemantauan yang berterusan sama
ada secara maya mahupun ke lapangan bagi memastikan komuniti sentiasa merasai
semangat kebersamaan dan kekeluargaan bersama UPM,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak lima unit sistem hidroponik bertingkat dan 30 unit hidroponik
takung yang dilengkapi dengan baja, biji benih dan keperluan alatan pertanian telah
diagihkan kepada komuniti.

“UPM telah berkongsi ilmu yang merangkumi sembilan modul iaitu asas penanaman
hidroponik, penyediaan larutan baja AB, kaedah semaian biji benih, penyediaan hidroponik
takung dan botol terpakai,” katanya.

Sistem hidroponik bertingkat yang dibekalkan turut dilengkapi dengan pam air yang boleh
beroperasi sama ada menggunakan sumber elektrik atau tenaga solar jika mengalami
keputusan bekalan elektrik.

Selain itu, 80 peserta menerima manfaat ilmu dan hasil tanaman daripada projek telah
diagihkan kepada guru-guru Iskul Sama DiLaut Omadal dan sebahagian pelajar di situ.

Guru Sukarelawan Iskul Sama DiLaut Omadal, Jefry Musa berkata beliau gembira kerana
idea untuk berkebun akhirnya tercapai hasil bantuan dari UPM kira-kira dua bulan yang lalu.

“Sebagai permulaan dan hasil tuaian pertama untuk satu set hidroponik, sebanyak 1.3kg
sayur dan ianya bermanfaat kepada komuniti di sini kerana di pulau ini mempunyai masalah
tanah dan akses air,” katanya.

Tambah beliau, mereka turut didedahkan dengan kaedah pembajaan menggunakan baja
kimia dan baja organik, kawalan serangga perosak menggunakan semburan secara organik,
membuat kompos serta membina rak takungan bagi mengatasi masalah ruang yang terhad.

“Kerjasama pelbagai pihak di antara UPM, industri dan komuniti setempat jelas
menunjukkan semangat Keluarga Malaysia di Pulau Omadal dapat diterjemahkan melalui
pelaksanaan aktiviti Kebun Atas Air bagi menghasilkan sayur-sayuran segar sebagai
sumber makanan sendiri,” katanya.

Program itu turut melibatkan penduduk setempat dalam kalangan anak-anak Bajau Laut di
Sekolah Bajau Laut (ISKUL), kaum wanita Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO), guru-
guru ISKUL dan Borneo Komrad serta para sukarelawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.