Community

Startup Sabah meluaskan pasaran halal ke Australia dan Jepun

KOTA KINABALU: Platform digital CoreHalal berhasrat untuk menembusi lebih banyak pasaran antarabangsa.

CoreHalal yang dibangunkan syarikat pembangunan aplikasi bertapak di Kota Kinabalu, Synxsoft Sdn Bhd, akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Halal Development Corporation (HDC) sempena World Halal Business Circuit di Melbourne, Australia pada 1 September.

Antara fungsi HDC ialah menerajui standard halal termasuk proses audit dan verifikasi sijil halal bagi melindungi integriti halal, mempengaruhi pembangunan industri halal untuk membolehkan syarikat yang memasarkan produk halal menyertai pasaran global, membangun dan mempromosi jenama halal Malaysia, mempromosi konsep produk dan perkhidmatan halal di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Synxsoft, Mazrie Mahat, berkata pihaknya berterima kasih kepada agensi kerajaan yang membantu mereka dalam membangunkan platform berkenaan.

“Kami juga berterima kasih atas sokongan penuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) daripada mula pembangunan platform ini.

“Kami mahu terus bergerak ke hadapan dengan meluaskan lagi pasaran CoreHalal ke Australia pada September depan dan Jepun pada Oktober.

Platform CoreHalal mula dibangunkan pada awal 2021. Pasukan yang membangunkannya bekerjasama dengan pengamal industri dan pakar perunding halal tempatan serta antarabangsa.

Kerjasama dan hubungan rapat dengan pengamal industri halal membantu Mazrie untuk memahami operasi perniagaan dalam industri halal dan seterusnya menyumbang ke arah memperbaiki ciri-ciri yang disediakan dalam platform CoreHalal.

Pada peringkat awal pembangunannya, platform berkenaan hanya mempunyai dua fungsi iaitu modul latihan halal dan modul audit halal.

Bermula awal 2022, CoreHalal dilengkapkan dengan fungsi baharu dikenali sebagai Halal Assurance System (HAS).

CoreHalal menyertai beberapa program anjuran agensi kerajaan dan syarikat pemula dalam bidang teknologi seperti Founders Grindstone Bootcamp anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Program Global Market Fit Japan anjuran Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) bagi memperbaiki dan menambah ciri-ciri komersial dalam platform CoreHalal sebagai persiapan memasuki pasaran luar negara.

Pasukan yang membangunkan CoreHalal bekerjasama dengan Halal Development Corporation (HDC) untuk menawarkan modul Halal Assurance System (HAS) melalui Halal Integrated Platform (HIP).

HDC, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menganjurkan World Halal Business Conference Circuit (WHBCC 2022) di Melbourne, Australia pada 1-2 September depan.

Sempena WHBCC, pasukan CoreHalal dan HDC akan menandatangani perjanjian sebagai rakan industri strategik.

Selain itu, pelancaran keahlian platform HIP juga akan diadakan sempena acara berkenaan.

“Adalah diharapkan dengan inisiatif seperti ini, ia boleh memberi inspirasi kepada pemula teknologi tempatan di Sabah untuk bergerak ke hadapan dan meluaskan pasaran mereka ke peringkat global,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.