SERDANG: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memenangi dua anugerah pada Majlis Anugerah Buku Negara (ABN) 2022 di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.
Anugerah pertama diperoleh melalui buku bertajuk Lower Kinabatangan Premier Competitive
Sustainable Ecotourism tulisan Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian, Kamarul Mizal Marzuki, Prof.
Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim, dan Dr. Tini Maizura Mohtar.
Buku tersebut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Buku Alam Semula Jadi Terbaik
(Lestari).
Sementara itu, sebuah lagi buku terbitan Penerbit UMS turut diangkat sebagai penerima bagi
kategori anugerah Buku Umum Terbaik (Sains Sosial).

Buku berjudul “Perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimatan” merupakan karya suntingan
Dr. Aliakbar Gulasan, Amrullah Maraining, Prof. Madya Dr. Ramli Dollah dan Dr. Marsitah
Mohd Radzi.
Majlis penyampaian sijil dan anugerah disempurnakan Timbalan Setiausaha (Dasar)
Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (anugerah
pertama), dan Profesor Adjunct UPM merangkap Pengerusi Alam Flora, Tan Sri Abu Kassim
Mohamed (anugerah kedua).
Pengarah Penerbit UMS Prof Madya Dr Asmiaty Amat dalam pada itu berkata, anugerah
tersebut menunjukkan bahawa penerbitan buku penting dan sentiasa memastikan penerbit
UMS menerbitkan hasil kajian yang bermutu pada masa akan datang.