News

Mayat wanita dijumpai di longkang restoran

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang dikatakan telah “minum” di sebuah restoran sebelum dijumpai meninggal dunia di longkang simen di Jalan Bambangan.

Menurut kenyataan polis Kota Kinabalu pada 31.8.2022 jam 0211 hrs, seorang pengadu telah memaklumkan Gerakan IPD Kota Kinabalu telah menjumpai 01 wanita dipercayai jatuh ke dalam longkang simen di Jalan Bambangan, berhampiran Gaya Utama Inanam dan dipercayai telah meninggal dunia.

“Menurut seorang pemilik sebuah restoran berdekatan lokasi kejadian, mangsa dikatakan minum di restoran miliknya berdekatan Gaya Utama, Inanam sebelum berjalan kaki seorang diri untuk balik ke rumahnya.

“Bimbang akan keselamatan mangsa yang mabuk, pengadu dan rakannya cuba menjejaki mangsa dan telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang tepi jalan tidak jauh dari Gaya Utama.”

Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tidak ada perkara yang mencurigakan.

Mangsa berumur lingkungan 50-an. Butiran lengkap mangsa masih belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.