Tawau anjur fiesta Makanan Etnik Bugis pertama kali

TAWAU: Fiesta Makanan Etnik Bugis di Tawau bakal menjadi perintis untuk program yang lebih besar di masa akan datang.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah berkata demikian selepas hadir mewakili menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin merasmikan Fiesta itu semalam.

Beliau yakin program seumpama itu bukan sahaja akan merancakkan aktiviti pelancongan, tetapi menggalakkan penyertaan komuniti agar terlibat dalam industri berasaskan seni dan warisan budaya.

“Salah satu fokus kita untuk membangunkan produk pelancongan berasaskan warisan dan budaya, yang akan pastinya akan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara”.

Fiesta Makanan Etnik Bugis Tawau merupakan program yang julung-julung kali diadakan berlangsung dengan begitu meriah.

Pelbagai makanan tradisional etnik Bugis dipersembahkan disertai dengan tarian yang penuh dengan adat budaya etnik itu.

Antara 21 jenis makanan tradisi yang ada termasuk Berongko, Sikapuru, Kapurung,Baje, Palaya, Baulu Pecca, Sokko, Palopo, Tumpi-Tumpi, Beppalaya dan banyak lagi.

Jelas Yusrie, Fiesta itu tidak hanya mengetengahkan keunikan adat dan budaya setiap kaum yang ada, tetapi ia juga berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah satu produk pelancongan penting di Sabah.

Justeru, kementerian menyokong penuh penganjurannya dan berharap ia dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi dengan penyertaan seluruh etnik di negeri Sabah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.