Dusun buah-buahan di 25 Taman Perumahan

KOTA KINABALU, SEPT 16, 2022: Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memulakan usaha menanam pokok buah-buahan di dalam kawasan lapang taman-taman perumahan. 

Menurut mayor Datuk Noorliza Awang Alip, sekurang-kurangnya 26 taman-taman sekitar kawasan bandaraya akan terlibat bagi tujuan ini.

“Kerja-kerja penanaman sudahpun dimulakan secara berperingkat. 

“Antara spesis buah yang di tanam adalah pokok takob-bakob, pokok mangga, pokok rambutan, pokok manggis, pokok ciku, pokok limau madu, pokok bambangan.

“Setiap pokok akan dipasang dengan papan tanda info berkenaan pokok dan nombor siri untuk tujuan maklumat serta pemantauan. 

“Pokok-pokok ini ditanam bertujuan untuk memberi manfaat kepada komuniti dan tidak boleh diisytihar sebagai hak milik persendirian oleh mana-mana individu.”

Noorliza berkata demikian selepas penanaman 59 pokok bunga kertas di Darau, Cycle lane phase 3 sempena Hari Malaysia.

Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Sabah di atas bantuan nasihat teknikal dan sumbangan sebahagian dari pokok-pokok buah tersebut.

Di fasa selanjutnya, DBKK akan berusaha untuk mengembangkan konsep kebun bandar di kawasan- kawasan yang mana mendapat sambutan serta kerjasama dari komuniti setempat. 

“Ini adalah merupakan salah satu usaha DBKK dalam memperkasakan agenda Sustainable Development Goals iaitu Bandar dan Masyarakat Mampan (Sustainable Cities And Communities). 

“Kesemua usaha-usaha ini juga adalah selaras dengan Misi dan Visi DBKK iaitu Menjadikan Kota Kinabalu sebuah Bandar Raya yang Bersih, Hijau dan Berdaya Huni demi Kota Kinabalu Sejahtera.” 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.