Business

(Adv) MTSB mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat hiliran

LAHAD DATU, SABAH, 19 September 2022:Tiada siapa menjangkakan, jauh di dalam hutan hujan Borneo, bersebelahan dengan Sungai Segama wujudnya satu-satunya kuari batu kapur dan marmar di Sabah.

Dibangunkan seawal tahun 90an dan dimiliki syarikat tempatan, Makin Teguh Sdn Bhd (MTSB) dan kumpulan syarikat-syarikat berkaitan telah memulakan operasi dan menghasilkan batu kapur dan marmar dibawa jenama ‘Borneo Marble’ sejak 1992. Kuari Borneo Marble berjaya menghasilkan pelbagai jenis keunikan mamar dengan warna eksotik terdiri daripada porselin putih dikenali sebagai Borneo Beige, batu bewarna kelabu kebiruan yang mempersonakan dinamakan ‘Segama Blue’ dan marmar merah pekat yang dipanggil ‘Rosso Segama’.

Tempat seperti Putrajaya, Bangunan Kehakiman, dan Trump Tower di New York turut menggunapakai Borneo Marble dalam rekaan bangunan.

Walaupun dengan keterampilan kecantikan Borneo Marbel, perniagaan untuk sumber marble hanya dihasilkan dari 30 peratus yang dipilih untuk dicantikan dan dikomersialkan. Bakinya adalah dijadikan bahan buangan.

Pada peringkat awal, MTSB akan menggunakan bahan buangan ini untuk menghasilkan jubin dan membina jalan raya. MTSB juga membangunkan kemudahan infrastruktur dengan bahan bekalan dari kuari sepertimana teknologi pembinaan jalan raya Tamadun Rom, yang mengguna penuh bahan batu kapur yang dicampur dengan agregat dari kuari batu berhampiran yang dipadatkan dan apabila dicampur dengan air dari semasa ke semasa untuk mewujudkan permukaan jalan yang keras.

Bekalan Sisa batu kapur gred simen yang banyak terkumpul sejak 30 tahun operasi kuari marmar dan kekurangan bekalan simen pada 2007 telah mendorong MTSB untuk mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat hiliran dengan memohon lesen menghasilkan simen yang telah diluluskan pada 2011.

Setelah melakukan kajian terperinci dan pertimbangan terhadap kepelbagaian cabaran infrastruktur, kerja-kerja di tapak lokasi bermula pada 2017. Loji Pembuatan Klinker dan Simen Bersepadu MTSB Lahad Datu direka menggunakan teknologi terkini China dengan penekanan khusus diberikan terhadap perlindungan alam sekitar dan penggunaan tenaga yang efisyen.

la merupakan logi simen bersepadu pertama di Malaysia menggunakan bahan bakar kitar semula seperti bahan minyak yang diperolehi daripada tapisan kilang minyak, cangkerang isirung sawit dan arang bio.

Loji berkenaan juga menggunakan sistem pemulihan haba yang mampu menjana sebahagian tenaga diperlukan dan mengitar semula kesemua air yang mana ia merupakan bekalan air hujan sepenuhnya yang disimpan khas seÄa dirawat.

Loji berkenaan juga sebahagian daripada Komplek Pemprosesan Batu Kapur Bersepadu (ILPP) yang mensasarkan bagi mewujudkan nilai rantaian ekonomi yang mengguna penuh sumber alam untuk menghasilkan kepelbagaian jenis prodük batu kapur seperti serbuk batu kapur, agregat, kapur terhidrat, Klinker, simen, konkrit dan prodük berkaitan lain yang dipasarkan secara tempatan dan eksport.

ILPP juga akan mengupah 250 warganegara sebagai tenaga kerja di tapak loji dan akan memberikan latihan khususnya pekerja tempatan dalam semua aspek perniagaan pembuatan batu kapur dan simen.

Pembinaan loji juga dibangunkan secara berhemah agar tidak menjejaskan bentuk muka bumi semula jadi di lokasi, dan pada masa sama, pembangunan kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan elektrik akan ditanggung sendiri demi manfaat bersama dengan semua penduduk kampung serta ladang berhampiran.

Borneo Oil Berhad (“BOB”) memiliki kuari batu kapur bersebelahan dengan ILPP adalah disebabkan kewujudan kekuatan sinergi diantara pelbagai pihak. BOB baru-baru ini telah memiliki sejumlah 29.3 peratus kepentingan equiti dalam MTSB. Keadaan ini sudah pasti akan membolehkan pihak terlibat memanfaatkan diantara satu sama lain dari segi kekuatan untuk mengembang luas syarikat terbabit di masa hadapan.

Kerjasama ini juga membolehkan BOB untuk meluaskan operasi kuarinya diperingkat hiliran untuk memperkasakan penjanaan pendapatan untuk semua pihak terlibat.

Tinjauan untuk industri Klinker dan Simen di Sabah, mendapati ia mempunyai potensi tinggi memandangkan harga şimen yang tinggi di Sabah jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia, dan ILPP juga berdekatan dengan Brunei-Indonesia-MaIaysia-FiIipina dalam wilayah BIMP-EAGA.

Ketika ini, terdapat 12 loji bersepadu şimen dan Klinker di Malaysia, daripada jurnlah itü 1 1 di Semenanjung Malaysia dan 1 di Sarawak. ILPP adalah loji şimen bersepadu pertama di Sabah yang berkeupayaan mengeluarkan sejumlah 230,000 metrik tan setahun, sekali gus mampu memenuhi permintaan şimen di Pantai Timur Sabah yang dijangka sebanyak 300,000 metrik tan setahun.

Sabah setiap tahun memerlukan bekalan şimen diantara 1.2 juta sehingga 1.4 juta metrik tan. Jumlah ini tidak termasuk projek pembangunan masa depan di Pantai Timur Sabah dan pemintaan dari wilayah BIMP-EAGA dengan populasi mencapai 23 juta penduduk yang berdekatan dengan Pantai Timur Sabah.

Potensi pembangunan ini diperkasakan dengan pengumuman Pelabuhan POIC oleh kerajaan negeri Sabah yang menjadi ‘game changer’ di bahagian Timur Sabah memandangkan pelabuhan itü dilengkap kemudahan serta fasiliti komprehensif serta lokasinya strategik di sepanjang laluan perkapalan Lombok-Makassar.

Dengan penularan Pandemik COVlD-19 baru-baru ini dengan tragedi global yang tidak dijangka, keadaan itu sekali lagi memerlukan Sabah bergerak sendiri ke arah kemampanan sara diri dalam semua aspek sektor dan penghasilan simen adalah salah satu daripadanya.

Bekalan simen adalah tunjang utama kepada sektor pembinaan dan pembangunan industri. Oleh yang demikian, pengeluar tempatan seperti bahan Klinker dan Simen perlu menggunakan sumber tempatan bagi mengurangkan pengaruh terhadap keadaan tidak menentu mata wang antarabangsa serta kebergantungan terhadap bahan import.

Hari ini, MTSB dan BOB meraikan kejayaan bersejarah dengan menjadi tuan rumah kepada majlis ‘Kiln Firing Up Ceremony” bagi menandakan pelancaran Loji Pembuatan Klinker dan Simen Bersepadu (ILPP) pertama di Sabah yang terletak di Lahad Datu.

Majlis ini juga dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif BOB Datuk Joseph Ambrose Lee,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.