LAHAD DAT U, SABAH, 19 September 2022: Borneo Oil Berhad (BornOil) hari ini menjadi tuan rumah kepada majlis ‘Kiln Firing Up Ceremony’ bagi menandakan bermulanya operasi Kilang Pembuatan Klinker dan Simen Bersepadu (ILPP) pertama di Lahad Datu Sabah.
Acara ini dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif BornOil Joseph Ambrose Lee.
Perkembangan terbaharu ini adalah hasil pengambilalihan sejumlah 30 % kepentingan ekuiti dalam Makin Teguh Sdn Bhd (MTSB) yang memiliki ILPP.
Kepentingan ekuiti dalam Makin Teguh Sdn Bhd (MTSB) kerana syarikat itu merupakan pemilik ILPP dan turut terlibat dalam perniagaan pembuatan serta perdagangan klinker, simen dan produk berkaitannya.
Ketika ini, terdapat 12 loji bersepadu simen dan Klinker di Malaysia, daripada jumlah itu 1 1 di Semenanjung Malaysia dan 1 di Sarawak.
“Tinjauan untuk industri Klinker dan Simen di Sabah, mendapati ia mempunyai potensi tinggi memandangkan harga simen yang tinggi di Sabah jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia, dan ILPP juga berdekatan dengan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina dalam wilayah BIMP-EAGA,” kata Datuk Ambrose.
“Harga simen yang sedia tinggi di Sabah telah turut terpengaruh dengan tingkatnya kos logistik secara mendadak sejak beberapa bulan ini, selain dipengaruhi oleh kadar pertukaran mata wang asing.
“Oleh itu, adalah tepat pada masanya, satu-satunya ILPP Sabah kini beroperasi kerana negeri ini tidak lagi boleh bergantung penuh 100 % terhadap Klinker dan Simen import,” katanya.
Menurut kajian, permintaan tahunan Sabah untuk simen adalah sebanyak diantara 1.2 juta sehingga 1.4 juta tan metrik.
Jumlah ini tidak termasuk perancangan projek pembangunan di masa hadapan yang sudah dirancang khususnya Pantai Barat Sabah, selain mempunyai permintaan dari wilayah BIMP-EAGA yang dekat dengan Pantai Timur Sabah.
Datuk Ambrose menjelaskan, terdapat sinergi kuat diantara operasi kuari batu kapur BornOil’s dan ILPP, antaranya termasuklah ILPP terletak hanya bersebelahan dengan pusat kuari batu kapur BornOil.
BornOil hari ini adalah pemilik persendirian terbesar rizab batu kapur berkualiti tinggi (simen) di Sabah dan telah banyak melabur dalam sumber alam tersebut.
MTSB juga telah memeterai kontrak pembekalan jangka panjang untuk bekalan batu kapur dengan anak syarikat BornOil berkaitan dengan bekalan simpanan semasa dan sisa lebihan daripada operasi kuari sedia ada bagi menambah keperluan batu kapur diperingkat awal operasi ILPP.
“Dengan adanya bekalan mencukupi serta sisa lebih yang diperolehi, ia boleh dibangunkan untuk aktiviti hiliran yang selari dengan inisiatif Kumpulan BornOil yang bergerak ke arah ‘sifar sisa buangan’ dan mengguna semula atau kitar semula semua bahan berkaitan,” kata Datuk Ambrose.
‘Kerjasama sinergi ini akan membolehkan MTSB dan BornOil untuk mengumpul sumber batu kapur seterusnya meletakkan Kumpulan BornOil untuk dikembangkan di masa hadapan.
“Pengambilalihan ini memberi peluang kepada kumpulan BornOil untuk memperkasakan industri hiliran batu kapur sekali gus menjana pendapatan yang lebih cemerlang,” katanya.