Bajet 2023: Memperkasa ketahanan ekonomi belia Sabah

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah mengambil serius kerisauan belia mengenai peningkatan OPR sebanyak dua (2) kali bagi mengawal inflasi dan mengimbangi pertumbuhan ekonomi
dalam negara.

Lebih-lebih lagi amaran daripada Bank Dunia bahawa kemelesetan ekonomi secara global akan berlaku pada tahun 2023.

Menurut presiden Abqaree Fawwaz Abekan, MBS ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan permintaan belia bagi pembentangan bajet 2023 yang akan dibentangkan.

“Sehingga Ogos 2022 negara mengalami peningkatan inflasi sebanyak 4.7% dimana ia
memberikan kesan negatif yang sangat ketara iaitu penurunan kuasa beli dan kos sara
hidup terjejas teruk.

“Berdasarkan kepada rekod, pengangguran dikalangan belia Sabah mencecah 200,000. Malah sebanyak 45,900 belia Sabah berhijrah ke Semenanjung semata-mata mencari pekerjaan.

“Situasi ini merugikan negeri Sabah kerana kehilangan kos tenaga buruh yang ramai. Justeru itu, MBS berharap agar kerajaan memperhebat mekanisme penggalak ekonomi di kalangan belia Sabah.”

Langkah-langkah membantu belia

Abqaree berkata MBS mencadangkan beberapa langkah untuk membantu belia berhadapan
dengan kemelesetan ekonomi pada tahun depan.

Pertama sekali, memperkasa kemampanan ekonomi di kalangan belia.

Langkah yang boleh diambil ialah, meningkatkan nilai pemberian tunai sebanyak 50%
melalui Bantuan Keluarga Malaysia kepada golongan B40.

Seterusnya, memperkasa usahawan PKS melalui bantuan dana, pendidikan peningkatan skala pendapatan dan memperhebat jalinan kerjasama usahawan tempatan dengan pelabur luar.

Selain daripada itu, menurunkan kos harga rumah kerana menerusi tinjauan MBS, belia tidak mempunyai kemampuan untuk membeli rumah.

Terakhir sekali, MBS berharap agar kerajaan mampu memperkasa eco-pelancongan di luar bandar kerana antara penyumbang ekonomi terbesar adalah sektor pelancongan.

“MBS berharap agar bantuan dana dan jalinan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan dapat dilaksanakan.

“MBS telah melihat pembangunan usahawan belia penting dalam memacu pembangunan
ekonomi.

“Langkah awal yang telah diambil ialah memberi pendidikan mengenai penternakan udang dan penanaman cendawan tiram dan cendawan sawit.”

Kesedaran pengurusan kewangan, rumahtangga, perlu diwujudkan

Kajian yang telah dilaksanakan oleh MBS terhadap golongan belia yang tinggal di kawasan
bandar membuktikan bahawa belia tidak bersedia berhadapan dengan ketidaktentuan
pertumbuhan ekonomi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa belia tidak mempunyai simpanan masa depan.

“Oleh itu, kerajaan harus proaktif dalam memberi kesedaran awam dan pendidikan pengurusan kewangan di kalangan belia.”

Berdasarkan kepada statistik penceraian pada tahun 2021, sebanyak 4,010 pasangan telah bercerai.

Angka ini menunjukkan bahawa belia masa kini kurang pendidikan mengenai pengurusan rumahtangga.

Oleh yang demikian, MBS berharap agar agensi kerajaan terlibat mampu turun padang dan memberi pendidikan kepada mereka.

“Kebanyakan punca perceraian adalah disebabkan oleh masalah ekonomi dalam rumahtangga. Keruntuhan keluarga secara tidak langsung memberi tekanan emosi dan kesan psikologi di kalangan kanak-kanak.

“Oleh itu, MBS mencadangkan kerajaan memperhebat pendidikan pengurusan rumahtangga agar masalah sosial dapat di kalangan kanak-kanak dapat dielakkan.”

Masalah kesihatan mental semakin parah

Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan.

Jelas sebanyak 81% peningkatan kes bunuh diri berlaku pada tahun 2021 (1,142) kes berbanding tahun 2020 (631) kes. Lebih parah lagi, antara punca kes bunuh diri akibat daripada berhutang.

“Oleh itu, semua agensi berkaitan harus bekerjasama dalam membantu belia mengurus tekanan hidup dan mencari jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi.”

Perhebatkan jaringan capaian talian internet luar bandar


Abqaree berkata capaian internet harus dipertingkatkan untuk membantu belia di Kawasan luar bandar meningkatkan pendapatan ekonomi melalui platform e-dagang.

“MBS berharap permintaan ini diberi perhatian serius oleh kerajaan Persekutuan demi
pembangunan dan kemakmuran belia.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.