KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di satu kejadian bot karam di Kampung Rampaian Laut Kota Belud.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Gerakan Operasi menerima laporan pada jam 2.22pm berkenaan dengan kejadian tersebut.
Bot tersebut membawa 10 orang penumpang iaitu 4 lelaki dewasa, 3 perempuan dewasa dan 3 kanak-kanak.
Penumpang-penumpang tersebut dalam perjalanan dari Pulau Mantanani ke Kg Rampaian Laut .
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Hayrul Sufyan Bin Fian.
“Terdapat 9 orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala 1 orang kanak-kanak ditemui oleh orang kampung dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM.”
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
“Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 4:15pm.”