UMS anjur pameran CSR untuk pelukis seni

KOTA KINABALU: Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah (GAH-UMS) kini sedang
mengadakan Pameran Khas Awang Fadilah bermula 3 sehingga 28 Oktober 2022.


Pengarah GAH-UMS Dr. Mohammad Puad Bebit berkata, pameran dibuka kepada orang
ramai pada Isnin hingga Khamis bermula pukul 9.00 pagi – 4.00 petang bertempat di ruang
pameran Kaamatan.


“Pameran khas ini diadakan dengan kerjasama seorang pelukis seni naif terkenal, Awang
Fadilah Ali Hussein.


“Beliau digelarkan sebagai ‘Man Land Below the Wind’ dalam kalangan penggiat seni
disebabkan oleh karya yang dihasilkan tertumpu kepada penggunaan warna putih dan hitam,
yang bertemakan kepada aspek kebudayaan, kehidupan serta keindahan flora dan fauna
yang terdapat di Sabah,” katanya.


Menurut Mohammad Puad, penganjuran pameran itu turut diadakan dengan kerjasama
Persatuan Seni Visual Sabah (PSVS).


Katanya, penganjuran pameran tersebut sebagai tanggungjawab sosial (CSR) untuk
membantu pelukis yang dilanda musibah.


Untuk rekod, Awang Fadilah pernah meraih pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi
tempat kedua ACCU Noma Concours di Tokyo, Jepun pada tahun 2006 dan Pemenang Purple
Island, Nami Concours, Korea pada tahun 2015.


Walau bagaimanapun anak jati dari Menumbok Sabah itu sedang mengalami kemerosotan
tahap kesihatan termasuk mengalami penyakit buah pinggang, serta mempunyai kekurangan
fizikal akibat kecederaan dan kemalangan.


Majlis pelancarannya disempurnakan Presiden Persatuan Seni Visual Sabah, Afendi Yubah di
sini, baru-baru ini.


Berucap pada majlis itu, Afendi merakamkan setinggi penghargaan kepada GAH-UMS dalam
memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan untuk mempamerkan karya mereka.


“Kolaborasi CSR yang dibawakan oleh GAH-UMS dengan persatuan sangat dihargai, dan
diharapkan ia terus berkekalan dalam memberi ruang dan peluang kepada artis-artis
tempatan mempamerkan karya masing-masing.


“Kita doakan juga kepada Awang Fadilah terus bersemangat, tabah dan dapat berkarya
seterusnya kembali sihat dan bersama-sama dengan kita pada masa akan datang,” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.