KUCHING: Program Pemandu Sepenuh Masa airasia ride membolehkan seseorang untuk memperoleh pendapatan asas bulanan sebanyak RM2,500 sehingga RM3,500.
Pendapatan tersebut termasuk faedah bahan api, dan peluang untuk memperoleh jumlah pendapatan sehingga RM8,000 dengan skim insentif pemandu tambahan, di samping suite penuh faedah pekerja Allstar termasuk KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan yang melindungi pasangan dan anak mereka, cuti tahunan, dan faedah perjalanan lain seperti kadar diskaun kakitangan yang banyak untuk penerbangan AirAsia.
Pemandu Sepenuh Masa juga akan diberi keutamaan tugasan kerja lapangan terbang untuk membolehkan mereka memperoleh pendapatan yang lebih daripada perkhidmatan jemput dan hantar lapangan terbang memandangkan permintaan perjalanan terus meningkat di seluruh rantau ini.
Kepada individu yang berminat untuk memandu dengan airasia ride boleh klik pada pautan di sini.
Semasa pelancaran airasia ride di sini, Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, berkata, “Kami gembira kerana perkhidmatan e-panggilan kami, kini tersedia di setiap negeri di Malaysia dengan pelancaran di Sarawak hari ini.
“Kami berterima kasih atas sokongan kerajaan negeri Sarawak dan kami berharap untuk bukan sahaja menyediakan sambungan yang lebih baik di jalan raya untuk pelanggan kami, tetapi manfaat yang lebih baik untuk pemandu e-panggilan dengan program Pemandu Sepenuh Masa kami juga.
“Rakyat Sarawak, cuba kami hari ini dan kami berharap dapat berada di lebih banyak lokasi di seluruh Sarawak tidak lama lagi.”
airasia ride, yang ditubuhkan pada Ogos 2021 kini mempunyai 53,000 pemandu berdaftar di platformnya dan telah menyelesaikan dua juta perjalanan setakat ini.
airasia ride kini beroperasi di seluruh negeri di Malaysia dan kawasan terpilih di Bangkok, Thailand.