Kes demam denggi di Sabah melonjak 4,812, 5 kematian

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Negeri Sabah telah bermesyuarat pada 27 Oktober 2022 bagi membincangkan situasi
kes demam denggi di Negeri Sabah yang menunjukkan peningkatan yang sangat
membimbangkan.

Menurut setiausaha kerajaan negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong, sehingga Minggu Ke-42, Negeri Sabah telah mencatatkan sejumlah 4,812 kes demam denggi berbanding 1,336 kes dicatatkan pada tempoh masa yang sama pada tahun 2021.

“Sebanyak lima (5) kes kematian direkodkan melibatkan demam denggi iaitu tiga (3) di daerah Sandakan dan masing-masing satu (1) di daerah Papar dan Tawau.

“Sehingga 22 Oktober 2022, lima (5) daerah yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi di Negeri Sabah adalah Sandakan (1,394 kes), Kota Kinabalu (1,155 kes), Tawau (387 kes), Lahad Datu (349 kes) dan Putatan (344 kes).

“Bagi lokaliti wabak aktif pula, sejumlah 74 lokaliti wabak aktif (11 wabak hotspot, 11 wabak tidak terkawal dan 52 wabak terkawal) di seluruh Negeri Sabah yang melibatkan tujuh (7) daerah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kudat, Penampang dan Pitas,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Safar berkata kerajaan Negeri ingin menasihatkan masyarakat agar sentiasa mengambil
tindakan kawalan pencegahan demam denggi dengan membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, menyembur aerosol, kerap menggunakan repellant (bahan yang mencegah gigitan nyamuk) sekiranya keluar rumah pada waktu nyamuk aktif dan menyental bekas tadahan / simpanan air seminggu sekali.

“Kerajaan Negeri juga menyarankan individu yang mengalami gejala penyakit demam denggi agar mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat bagi mengurangkan risiko komplikasi demam denggi berdarah terutama bagi golongan kanak-kanak serta golongan yang mempunyai penyakit komorbid.

“Kerajaan Negeri sentiasa memantau isu-isu berkaitan dan mengambil langkah sewajarnya bersama jabatan dan agensi terlibat bagi memastikan risiko wabak demam denggi dapat ditangani.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.