Community

Stesen janakuasa hidro Tenom ditutup

TENOM – Sabah Electricity mengesahkan berlaku beberapa kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan masuk ke Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi yang membawa limpahan air dan bongkahan batu besar yang menimbusi jalan masuk dan ‘gate intake’ akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Atas faktor keselamatan, SESB terpaksa menutup operasi stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Hj Jaafar, pihak SESB masih memeriksa keadaan dan menilai kerosakan.

Pelan tindak kecemasan telah diaktifkan dan semua anggota kerja telah selamat dipindahkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian ini tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada Sistem Grid Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.