KOTA KINABALU: Aktiviti menunggang kuda atau “Sunset Stables” di pantai Tanjung Aru merupakan tarikan yang terkini.
Aktiviti tersebut akan diadakan setiap hari bermula daripada jam 9:30pagi sehingga 6:30petang bergantung kepada keadaan cuaca.
Eksekutif Direktor TAED, Datuk Ismail Abdullah menyatakan bahawa mereka sentiasa
menggalakkan aktiviti-aktiviti riadah yang baharu dan menarik untuk para pengunjung bagi
menjadikan Tanjung Aru sebagai tempat yang memberi memori indah kepada para pengunjung.
“Aktiviti menunggang kuda boleh mendidik kanak-kanak dengan kemahiran yang berharga
seperti nilai tanggungjawab, nilai kesabaran dan hormat terhadap manusia dan haiwan sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak menimba pengalaman unik dan menyeronokkan yang hanya boleh dirasai ketika menunggang kuda,” menurut beliau di satu kenyataan media.
Menurut Pengurus Sunset Stables, Zambri Rahim, diskaun penyertaan kumpulan akan diberi
dengan syarat terdapat 5 orang atau lebih dalam satu kumpulan penyertaan.