Sabah akan terus menjadi negeri pengeksport utama hasil perikanan di Malaysia

KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan (DOF) Sabah akan terus mengutamakan pembangunan perikanan tangkapan dan akuakultur.

Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata ia adalah selaras dengan Pelan Pembangunan SMJ bagi sektor perikanan yang merangkumi pelbagai aspek seperti peningkatan jaminan makanan, pertumbuhan sektor perikanan, daya saing pengeluaran, kelestarian serta menyokong industri hiliran dan keusahawanan.

“Bagi sub-sektor akuakultur dan rantaian nilainya yang merangkumi komoditi rumpai laut, udang marin, ikan marin bernilai tinggi, ketam bakau, timun laut, kerang-kerangan dan sekurang- kurangnya lapan (8) spesis terpilih ikan air tawar termasuk pembiakan dan penternakan ikan Pelian (Ikan Tagal) bagi tujuan komersial.

“Jabatan Perikanan Sabah juga bertanggungjawab mengurus dan mengawal sumber perikanan di Sabah yang melibatkan 30,486 orang nelayan dan 8,357 pengusaha akuakultur. “

Jeffrey juga berkata beberapa inisiatif baharu pengurusan dan pengukuhan perundangan telah dilaksanakan seperti pemasangan sistem Intruder Intervention Vessel Monitoring System (iiVMS) pada kapal pukat tunda dan jerut.

Ini adalah bagi memantau pergerakan kapal dan mengelakkan pencerobohan kawasan yang tidak dibenarkan.

Jabatan ini juga sedang membangunkan tiga kawasan Sanktuari Marin di Kudat, Kota Belud dan Lahad Datu.

Dasar Biosekuriti akan terus diperkasakan bagi melindungi sub-sektor perikanan dan memastikan sektor ini terus berdaya saing.

Sektor perikanan menyumbang sebanyak 15.6 peratus atau RM1.95 billion setahun kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah. Sabah merupakan negeri pengeksport bersih (net exporter) bagi komoditi ikan dan telah mencapai SSL melebihi 100% dari segi pengeluaran ikan.

Sabah akan terus menjadi negeri pengeksport utama hasil perikanan di Malaysia dan menyumbang kepada Imbangan Dagangan (Balance of Trade) yang positif sekitar RM600 – RM900 juta setahun.

Kompleks Perikanan Bersepadu di daerah perikanan utama seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan perlu diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan pengendalian aktiviti- aktiviti perikanan, termasuk penyediaan jeti, infrastruktur asas dan sokongan serta sistem ternakan bagi sub-sektor akuakultur.

SSL bagi bekalan ikan di Negeri Sabah adalah melebihi 100 peratus. Hasil lebihan dianggarkan melebihi 50 ribu MT dengan nilai sekitar RM600 juta.

Hasil lebihan ini adalah ikan hidup yang dieksport dan termasuk yang diproses (downstream).

Di Sabah, ada terdapat sekurang-kurangnya 53 kilang pemprosesan hasil ikan dan udang yang aktif, yang memproses ikan sejuk beku, segar, ikan baja dan perikanan kering bagi tujuan eksport.

“Kementerian melalui Jabatan Perikanan sedang dalam perbincangan pihak pelabur luar untuk membuka kilang rumpai laut di Sabah.”

Mengenai penurunan kuasa bagi pengeluaran permit dan Lesen Perikanan Laut Dalam (Kategori C2) Negeri Sabah, Jeffrey berkata pelaksanaan proses pelesenan adalah lancar

“Setakat ini lima (5) pemohon telah ditemuduga dan empat (4) daripadanya telah diluluskan.

“Para pemohon ini terdiri daripada warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan .”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.