Community

Graduan UMS dendang lagu merdu semasa konvokesyen

KOTA KINABALU: Graduan Ijazah Sarjana Muda Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) memeriahkan majlis konvokesyen UMS kali ke-24 dengan mendendangkan lagu merdu.

Nyanyian tersebut telah viral di platform sosial media terutama TikTok sehingga mendapat sehingga 28,900 likes

Kristy Samunting, 23, muncul sebagai pelajar pertama ASTiF yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen UMS kali ke-24.

Graduan tersebut tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut dan beranggapan anugerah seperti ini biasanya akan disandang oleh pelajar dalam bidang sains, kejuruteraan, ekonomi, akaun dan sebagainya.

“Saya terharu dan bangga atas kejayaan diri saya sekarang serta sangat bersyukur kepada tuhan.

Menurut Kristy, dia memang minat dalam seni muzik sejak dulu lagi dan ibunya telah menyedarinya sejak dia masih kecil kerana sering melihat dia menyanyi di hadapan televisyen setiap kali hiburan muzik berlangsung.

Tambahnya lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana pilihannya untuk terus bergiat dalam dunia seni muzik adalah tepat.

“Saya mahu buktikan kepada orang ramai, walaupun mengambil seni muzik bukan bermakna hanya mampu menjadi artis sahaja, namun ada lebih banyak cabang lagi kita mampu lakukan dalam dunia seni ini.

Menurutnya lagi, semasa masih berstatus pelajar, dia melakukan kerja separuh masa menjadi guru vokal secara dalam talian, tetapi juga tidak lupa untuk melakukan tugasan dan praktis setiap hari kerana program ini memerlukan praktis yang sangat banyak di samping membaca bahan-bahan melalui e-book.

“Selepas ini saya akan ke Singapore kerana telah mendapat tawaran bekerja di Aureus Academy dan akan mula bekerja pada bulan Januari nanti.

“Moto hidup yang saya pegang sehingga ke hari ini ialah, “Do what you love, and love what you do,” ujarnya.

Kristy Samunting merupakan graduan asal Tambunan, berbangsa Kadazandusun dan merupakan anak kelima daripada lima orang adik-beradik.

Untuk rekod, seramai 792 graduan diraikan pada sidang 5 Majlis Konvokesyen UMS ke-24.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.