Community

KSTI lancar pusat Digital IoT Sandbox yang pertama di Sabah sebagai platform untuk pereka dan usahawan digital

KOTA KINABALU, DIS 12, 2022: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) hari ini merasmikan pejabat pusat Digital IoT Sandbox yang terletak di Wisma Bandaraya, di sini.

Menterinya, Datuk Yakub Khan berkata pusat tersebut akan menjadi satu platform untuk inovator dan para usahawan digital mencipta produk mereka dan menguji kebolehlaksanaan teknologi dalam persekitaran sebenar yang selamat.

Selain itu, katanya mereka juga akan mendapat akses kepada bantuan dari segi guaman, kewangan, capaian pasaran dan sebagainya.

“Inisiatif sandbox kita ini mendapat perhatian pelajar PhD dan Pensyarah di University of Strathclyde, Glasgow, Scotland di mana mereka berpendapat bahawa ini adalah contoh ‘inovasi terbuka’ yang patut dicontohi.

“Ini merupakan permulaan yang baik untuk kita. Inisiatif ini telah mendapat perhatian bukan saja di Sabah, tetapi di luar negara.

“Justeru itu semua yang terlibat supaya berkolaborasi antara satu sama lain dan tidak lagi silo, serta bergerak bersama dengan objektif yang betul dan selari untuk rakyat agar tidak ketinggalan dalam sektor teknologi dan inovasi,” katanya.

Setiausaha Tetap KSTI Datuk Zainudin Aman pula berkata pelbagai program dan inisiatif akan dilaksanakan setelah pelancaran Pusat Digital IoT Sandbox itu.

Katanya, beberapa entiti utama di Sabah seperti SCENIC dan Sabah Net akan berkolaborasi bersama rakan strategik dan menggerakkan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan lebih banyak inovasi dibawa dan diuji di dalam sandbox.

“Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan pihak NTIS (National Technology and Innovation Sandbox) iaitu bukan sahaja peluang pelaburan kepada inovator dan usahawan tetapi khidmat nasihat seperti nasihat guaman dan latihan keusahawanan kepada mereka.

“Mengembangkan inovasi sama ada incremental innovation ataupun radical innovation, memerlukan masa. Dengan itu, pusat sandbox ini ditubuhkan untuk mereka menguji kebolehlaksanaan teknologi mereka.

“Apabila melihat ekosistem kita secara keseluruhan, penggerak-penggeraknya sudah lengkap. Melalui model quadruple helix, kita ada pihak kerajaan, pihak swasta, universiti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Apa yang kita perlu gerakkan secara konsisten dan kerap adalah pengisian program yang perlu dilakukan secara berterusan dan strategik kepada semua penggerak komuniti dan inovator untuk datang ke sandbox ini untuk mencipta dan menguji lebih banyak inovasi akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pusat Inovasi dan Ekonomi Kreatif Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni, berkata pusat berkenaan akan bekerjasama rapat dengan Mranti dan KSTI bagi mencorongkan teknologi berpotensi daripada akar umbi untuk diuji di sandbox.

“Selain itu, SCENIC akan membantu mengawai program di pusat berkenaan bersama dengan rakan seperti Kinabalu Coders dan SabahNet untuk manfaat bakat rakyat Sabah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.