KOTA BELUD: Seramai 25 mangsa yang terperangkap di pusat peranginan Polumpung Kota Belud telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan sementera di homestay berhampiran.
Pada jam 6.28pm semalam, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan bencana banjir di mana mangsa terperangkap di dalam banjir kerana jalan raya dinaiki air dan kereta tidak dapat melaluinya.
“Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan kawasan yang di naiki air dan memeriksa keadaan mangsa serta memberi nasihat untuk ke tempat yang selamat.
“Operasi mengeluarkan mangsa dari kawasan banjir dijalankan pada jam 06:00 dengan menggunakan sistem Hauling.
“Kesemua 25 orang mangsa di keluarkan pasukan bomba dengan selamat dan ditempatkan sementara di homestay berhampiran serta ada keluarga mangsa datang menjemput.” menurut kenyataan bomba Sabah.
Keadaan air semakit surut namun terdapat 6 buah kenderaan pelbagai jenis milik mangsa masih terperangkap.
Operasi terkawal pada jam 07:35:00 dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 08:00:00.