KOTA KINABALU: Pihak Jabatan Hidupan Liar mengambil langkah untuk mengelakkan kemalangan melibatkan staf di zoo Lok Kawi.
Baru-baru ini Joe Fred Lansou, 49, meninggal setelah dicederakan di bahagian dadah dan perut oleh seekor gajah apabila memberi rawatan.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Augustine Tuuga berkata pihak mereka akan mengambil tindakan sementara untuk menempatkan gajah yang merbahaya di kawasan pengasingan.
Beliau berkata kebajikan gajah adalah aspek paling pengurusan gajah dalam kurungan namun gajah-gajah di Lok Kawi adalah terbatas kerana biasanya mereka akan dirantai.
Terlalu banyak gajah dalam kurungan di Sabah sekarang. Fasiliti sedia ada tidak dapat menampung kebebasan mereka bergerak dalam kawasan yang mencukupi keluasannya.
“(Jabatan) akan ikhtiarkan untuk mereka ada kebebasan bergerak dengan menempatkan mereka di fasiliti yang ada kemudahan sedemikian.
“Sabah tiada kemudahan sedemikian kecuali Kerajaan dapat beri peruntukan mencukupi untuk sediakan.
“Langkah lain ialah menghantar mereka ke luar negara yang mempunyai kemudahan mencukupi di mana mereka bebas bergerak tanpa dikurung di tempat sempit atau dirantai. “
Augustine juga berkata bilangan kakitangan yang menjaga mereka adalah sangat jauh kurang daripada bilangan yang sepatutnya. Kebanyakan pekerja adalah ditaja/dibayar gaji oleh NGOs.