Jalinan internet di Sabah capai 100% menjelang 2024

KOTA KINABALU: Jalinan internet di Sabah akan mencapai 100 peratus kesalinghubungan menjelang hujung tahun 2024.


Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata, kementerian itu optimis dalam merealisasikan sasaran tersebut berdasarkan tahap capaian terkini menjangkau tahap 88.06 peratus.


“Setakat ini, pencapaian kita pada tahap 88.06 peratus jalinan internet di Sabah. 

“Saya akan pastikan, kita mencapai 100 peratus kesalinghubungan internet negeri ini  menjelang hujung tahun 2024, lebih awal daripada sasaran Program Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Ke arah itu, kita dalam perancangan menyiapkan 611 menara telekomunikasi di negeri ini yang mana 154 daripadanya telah siap dibina, manakala 3,810 pemancar dari 3,984 yang dirancang juga telah siap dibina sepenuhnya. 

“Selain itu, perancangan sambungan internet ke premis-premis juga kita akan laksanakan dan setakat ini, 134,116 telah siap disambung daripada 251,165 jumlah keseluruhannya,” katanya dalam sidang media sempena Taklimat KSTI di sini, pada Selasa.

Turut hadir dalam taklimat tersebut, Pembantu Menteri KSTI, Datuk Ruddy Awah, Setiausaha Tetap, Datuk Zainuddin Aman serta pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan./Penerangan-

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.