Penerima anugerah “Tun Mustapha” berbasikal dari kolej ke Imago untuk kerja

KOTA KINABALU: Anak penoreh getah Siaw Shing Pau, 24 tahun, membuktikan kekangan kewangan tidak menghalang seseorang untuk berjaya menamatkan pelajaran.

Tanpa bergantung kepada keluarga, pemuda dari Kampung Keduko di Papar itu, bekerja sambilan dan belajar di Fakulti Sains Semula Jadi dan Kelestarian di Universiti Kolej Sabah Foundation (UCSF).

Katanya, dia akan berbasikal dari kolej ke pusat beli-belah berhampiran untuk bekerja di restoran bagi menampung yuran pengajiannya.

Siaw (tengah) bersama ibu (kanan) dan kakaknya (kiri) yang hadir semasa majlis konvokesyen.

“Gaji yang diperolehi tidak menentu bergantung jumlah hari bekerja, contohnya pada musim peperiksaan, hanya sekitar RM300 tetapi adakalanya mencecah RM600.

“Saya berasal dari keluarga susah dan memahami keadaan kewangan mama sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan, selepas ditemu bual pada Majlis Konvokesyen UCSF di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini baru-baru ini.

Dia kehilangan bapanya pada usia 8 tahun dan dibesarkan oleh bapa tiri dan ibunya.

Bagaimanapun, sebelum Siaw menamatkan pengajian, bapa tirinya tiba-tiba meninggal dunia pada 3 Jan sehari selepas mereka makan malam bersama.

“Arwah bapa tiri saya seorang yang tegas, dan beliau sentiasa menitikberatkan nilai murni dalam kehidupan,” kata Siaw yang bekerja sebagai pegawai alam sekitar di sebuah syarikat swasta di ibu negeri.

Semasa konvokesyen itu, Siaw telah dikurniakan anugerah Tun Mustapha, dan ia disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau adalah antara 566 pelajar yang menamatkan pengajian mereka. Daripada jumlah itu, 247 menamatkan program ijazah sarjana muda, 316 menamatkan pengajian diploma dan 3 menamatkan program sijil asas.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.