Kelewatan berpunca daripada pembekal vaksin yang lambat sampai ke negara ini.

KOTA KINABALU: Kelewatan pelaksanaan vaksinasi di Sabah disebabkan bekalan vaksin sampai ke Malaysia.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata negeri ini mempunyai kadar vaksinasi yang terendah di negara disebabkan Sabah tidak menerima banyak bekalan vaksin.

“Justeru, kita berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan vaksin ke negeri ini dengan lebih banyak.

“Memang ada sedikit kelewatan tetapi Kementerian Kesihatan sudah menjadualkan semula penghantaran vaksin ke negeri ini,” katanya dan menjelaskan kelewatan berpunca daripada pembekal yang lambat sampai ke negara ini.

Ketua Menteri berharap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan akan membekalkan jumlah vaksin yang lebih banyak ke negeri ini, bagi mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk akan menerima vaksin menjelang bulan Oktober ini.

Sementara itu, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mula beroperasi pada 14 Jun lalu, telah membantu memberi vaksinasi kepada 13,729 orang setakat hari ini, yang membabitkan kakitangan dan pelajar universiti itu serta orang awam di negeri ini.

“Mulai minggu depan, kapasiti pemberian vaksin oleh PPV UMS adalah sebanyak 3,000 dos sehari berbanding hanya 1,000 dos sehari pada masa sekarang.

“Ini juga sudah pasti akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok apabila 2.7 juta penduduk negeri ini menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke PPV IPT UMS, di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, di sini hari ini.

Bilangan petugas di PPV IPT UMS adalah seramai 177 orang yang antaranya membabitkan petugas klinikal (doktor dan jururawat), sukarelawan kakitangan, sukarelawan pelajar, bahagian keselamatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sukarelawan MyVac atau Malaysia Vaccine Support Volunteers.



Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.