Community

STB-SICC sedia bekerjasama promosi pusat konvensyen

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedia bekerjasama untuk memasarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dengan lebih efektif di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Ini termasuk membantu mempromosikan SICC sebagai pilihan lokasi untuk
mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) pada ekspo pelancongan dunia akan datang di Dubai, bulan depan.

Pada Selasa lepas, perwakilan SICC yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Rosmawati Lasuki mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai bagi membincangkan bagaimana mereka boleh bekerjasama menghasilkan perancangan strategik untuk menarik aktiviti MICE ke Sabah, antara lain.

Joniston berkata inisiatif kerjasama sebegitu perlu kerana STB dan SICC saling melengkapi.

“Kita harus mula merancang secara strategik. Malah, kita ada rancangan untuk mengadakan persidangan pelancongan luar bandar antarabangsa. Memandangkan Sabah adalah perintis untuk pelancongan berasaskan komuniti luar bandar, kita boleh memanfaatkannya dan mengadakan persidangan di sini.

“Oleh itu, kita boleh mula memikirkan acara-acara yang boleh kita anjurkan agar dapat membawa pemain MICE ke negeri ini dan seterusnya mempromosikan pusat konvensyen SICC. Inisiatif ini harus bermula dari kita,” tegasnya.

Tambahnya, pusat konvensyen SICC mempunyai kelebihan dalam mempromosikan tempatnya untuk MICE dan perhimpunan sosial lain seperti perkahwinan kerana rekabentuk bangunannya yang unik serta lokasinya yang strategik menghadap laut dan berhampiran dengan pusat bandar.

Keperluan untuk menubuhkan Biro Konvensyen Negeri turut dibincangkan dalam perjumpaan itu, dengan matlamat untuk memasarkan Sabah sebagai destinasi untuk mesyuarat, persidangan dan acara perniagaan, antara lain.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Pengurus Besar (Pemasaran dan MICE) STB, Tay Shu Lan, dan ketua unit MICE STB, Georgina Jinu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.