KOTA KINABALU: Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah telah menghantar 18 ahli untuk menyertai lima acara sukan luncur ombak peringkat kebangsaan di Negeri Pahang Darul Makmur.
Mereka akan bertanding mengikut kategori iaitu Men’s open, Women’s Open, Grom, Women’s Longboard dan Men’s Longboard.


“Walaupun pandemik Covid-19 ini memberikan cabaran yang sangat berbeza terhadap program persediaan atlet dari segi latihan dan pendedahan kejohanan.
“Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan atlet negeri Sabah berada di tahap yang kompetetif.
“Peluncur ombak Negeri Sabah sudah membuat persediaan yang cukup baik dengan menjalani modul latihan yang ditetapkan,” kata Setiausaha Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah Mohd Saifuddin Bin Karim di satu kenyataan media.
Mohd Saifuddin berkata pada masa yang sama, dengan penghantaran SABAH SURF TEAM ini boleh membantu pihak Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) untuk memilih peluncur ombak yang mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan luncur ombak peringkat antarabangsa.
Dengan sokongan dan bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Kelab Luncur Ombak Hunjung Barat-Kota Kinabalu, MAXUMAX(penaja baju kontinjen Negeri Sabah), Persatuan Luncur Ombak Malaysia, Sabah Surfer Girls, serta Komuniti Luncur Ombak Seluruh Negeri di Malaysia.