Covid-19: Dilemma memberi pertolongan cemas

Heboh diperkatakan tentang peristiwa yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di mana seorang lelaki muda tidak sedarkan diri dan dikhuatiri menghidap jangkitan coronavirus.

Orang-ramai dilihat menjauhi mangsa dan takut untuk memberi pertolongan kepada mangsa.

Ia semestinya suatu perkara yang menakutkan jika berlaku di hadapan mata anda.

Isu ini melibatkan dua perkara pokok.

1) Keperluan menilai mangsa yang tidak sedarkan diri samada mereka mengalami kardium terhenti dan memberi rawatan awal dan

2) Risiko untuk dijangkiti virus korona COVID-19.

Apa perlu dibuat? Adakah is salah di sisi undang undang untuk tidak memberi CPR kepada mangsa?

Pertama, anda harus tahu bahawa membantu manusia yang berada dalam kesusahan adalah satu perbuatan murni yang sangat terpuji.

Untuk mangsa kardium terhenti, pemberian resusitasi kardiopulmonari (CPR) samada sekadar tekanan dada atau berserta bantuan pernafasan oleh orang awam sementara menunggu kedatangan pasukan perubatan (EMS), ia menentukan masa hadapan mereka samada berpeuang untuk hidup atau akan mati.

Bayangkan sekiranya ia berlaku kepada anda atau orang tersayang dan anda mendapati bahawa tiada seorangpun sanggup membantu di kala anda memerlukan bantuan yang menentukan hidup mati anda. Menyedihkan bukan?

Walaubagaimanapun, orang awam sebenarnya tidak diwajibkan untuk menawarkan bantuan untuk mereka yang mengalami kardium terhenti.

Tidak ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan anda melakukannya (melainkan anda diwajibkan memberi pertolongan mengikut peruntukan undang-undang).

Oleh itu, memberi bantuan adalah satu sifat belas ihsan dan tanggungjawab sosial. Anda perlu memastikan keselamatan diri anda sebelum memberi bantuan kepada orang lain.

Sekiranya first-aider ingin membantu, apakah langkah-langkah yang perlu dibuat?

Apa yang perlu anda lakukan sebagai first aider sekiranya seseorang mengalami kardium terhenti dan dikhuatiri pembawa coronavirus, COVID-19?

Jika seseorang jatuh dan tidak sedarkan diri di hadapan anda, seelok-eloknya pakai Personal Protective Equipment (PPE) – sekurang-kurangnya surgical mask (3 ply mask) sebelum mendekati mangsa (ada pakar berpendapat bahawa langkah ini sebenarnya tidak perlu).

Nilai mangsa dari jarak satu meter samada mempunyai pernafasan atau tidak.

Panggil mangsa dan lihat samada mereka menyahut panggilan. Jika mereka masih mempunyai pernafasan dan menyahut panggilan dan anda takut mendekatinya kerana tiada PPE yang sesuai, terus hubungi 999 untuk mendapatkan bantuan EMS dan AED (Mesin renjatan defibrilator automatik)

Jika mangsa tiada pernafasan dan tidak menyahut panggilan anda, berkemungkinan besar mangsa mengalami kardium terhenti.

Minta seseorang untuk menghubungi 999 dan dekati mangsa untuk penilaian lanjutan.

Jika mereka tiada tanda kehidupan, jangan takut untuk melakukan tekanan dada ke atas mangsa sementara menunggu kedatangan EMS dan AED. Anda tidak perlu melakukan bantuan pernafasan dan cukup sekadar membuat tekanan dada.

Setelah melakukan CPR, cuci tangan anda menggunakan sabun dan guna hand rub berasaskan alkohol.

Jika anda memakai sarung tangan/glove, anda tetap dimestikan untuk membasuh tangan dengan mencukupi.

Beri nama dan nombor telefon anda kepada pasukan EMS supaya mereka dapat menghubungi anda jika mangsa disahkan mempunyai COVID-19.

Dalam masa yang sama, perhatikan perkembangan diri anda di rumah.

Jika anda mengalami demam-demam, batuk, sakit tekak, selesema dan sesak nafas, pakai surgical mask dan dapatkan penilaian di hospital yang menyediakan ujian saringan untuk COVID-19.

Bagaimana coronavirus berjangkit?

Coronavirus berjangkit melalui cecair pernafasan dari seorang individu yang dijangkiti virus kepada individu lain melalui hingus, kahak (batuk) atau bersin dan boleh merebak jika anda berada dalam jarak 6 kaki dari mangsa.

Cecair ini menjangkiti anda apabila ia masuk ke dalam mulut dan hidung anda.

Oleh itu, orang yang mengalami kardium terhenti mempunyai kadar kemungkinan yang lebih rendah untuk menyebarkannya kepada anda berbanding orang bernyawa yang berterusan batuk atau bersin di hadapan anda.

Walaubagaimanapun, ada kemungkinan bahawa cecair rembesan ini yang melekat pada baju, muntah dan permukaan barang atau tempat dapat merebak apabila anda tersentuhnya dan memasukkan tangan ke mulut atau hidung anda.

Risiko untuk dijangkiti koronavirus agak tinggi, namun kesan teruk dari virus ini tidak seteruk yang dijangka (berdasarkan kajian semasa, kadar kematian akibat flu adalah < 1%, COVID-19 ~ 2% dan SARS > 10%). Kadar kematian untuk COVID-19 semakin meningkat untuk orang tua.

Keadaan semasa.

Buat masa kini, negara China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwau), Korea Selatan, Jepun, Itali dan IRan dimasukkan ke dalam senarai negara-negara yang terjejas dengan COVID-19. Perhatian lebih harus diberikan sekiranya mangsa tiba dari negara-negara ini (Jika anda ada maklumat)

Penulisan di atas adalah sumbangan daripada Dr Muhamad Na’im Abdul Razak. Beliau merupakan resident Emergency Medicine di Hospital Lahad Datu.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.