Kabinet kerajaan baru bakal memulihkan ekonomi negara

Small & Medium Enterprises Association (SAMENTA) mengalu-alukan kabinet baru Malaysia seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin semalam (9 March, 2020).

Pengerusi (Dasar dan Hubungan Kerajaan) SAMENTA Dato William Ng berkata pembentukan kabinet baru dapat meyakinkan sektor swasta dan masyarakat umum terhadap ekonomi negara.

“SAMENTA berharap bahawa kerajaan baru akan mengutamakan kesinambungan dan ketelusan dasar kerajaan. PKS secara amnya telah melihat kemerosotan perniagaan walaupun sebelum berlakunya Covid-19,”

“Selain Covid-19, pasaran sedunia yang tidak menentu ekoran ancaman perang perdagangan antara AS dan China dan gangguan serta ancaman digital terhadap PKS tempatan menyebabkan ramai PKS berhenti.

“Di antara perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana yang masih kekal, margin keuntungan semakin nipis – dan ini mengancam kehidupan jutaan rakyat Malaysia yang bergantung kepada PKS tempatan untuk saraan hidup,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Ng menambah SAMENTA berharap bahawa menteri-menteri baru yang diumumkan petang tadi dapat menjalankan tugas mereka dengan sempurna berlandaskan kesinambungan dan ketelusan dasar. 

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Pertolongan Wanita menzahirkan rasa kekecewaan dengan pembentukan barisan kabinet di bawah pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional.

“Dengan cara kerajaan kini dibentuk, cakap-cakap mengenai perwakilan seolah sia-sia sahaja.

“Namun begitu, kami ingin menyatakan kekecewaan kami terhadap kurangnya perwakilan wanita – hanya 15.6 peratus sahaja wanita yang dilantik menjadi Menteri.”

Kenyataan tersebut juga menyatakan rakyat mengundi untuk mendapatkan perubahan.

Dalam dua tahun yang lalu, pelbagai perubahan telah dirancang dan hampir dibentangkan di Parlimen.

“Kabinet baru ini perlu memaklumkan kepada kita rancangan mereka untuk menyambung usaha-usaha ini termasuklah Akta Gangguan Seksual dan Akta Kesamarataan Gender, pengenalan 7 hari cuti paterniti dan peruntukan anti-diskriminasi dalam Akta Kerja dan pengubalan undang-undang anti-menghendap.

“Perubahan-perubahan ini akan menambahbaik hidup jutaan rakyat Malaysia dan perlu untuk diteruskan.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.