209 daripada 343 kes COVID-19 di Sabah dijangkiti oleh kes import.

KOTA KINABALU: Sebanyak 60 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan merupakan jangkitan yang dikesan di luar daerah tempat kes bermastautin (Import B) dan tempatan.

Manakala, 30 peratus mendapat jangkitan dari luar Negeri Sabah terutamanya dari Semenanjung Malaysia. (Import C)

Selebih kes import mendapat jangkitan di Vietnam, Thailand, United Kingdom dan Indonesia. (Import A)

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata 61 peratus atau 209 daripada 343 kes di Sabah merupakan kontak kepada kes Import B.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin memaklumkan sehingga 25 Mei 2020, jumlah kes COVID-19 bagi Negeri Sabah kekal 343 kes.

“Pada 24 Mei 2020, sejumlah 1,824 ujian telah dijalankan, menjadikan jumlah kumulatif ujian bagi Negeri Sabah berjumlah 77,503.”

Penghantaran balik 1,148 pelajar IPT ke Sabah diteruskan Mei 26.

Pihak JKNS telah dimaklumkan bahawa penghantaran pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) balik ke Negeri Sabah akan disambung semula pada 26 Mei 2020.

Sejumlah 1,148 pelajar akan mengikuti empat (4) penerbangan sewa khas.

Semua pelajar akan diperiksa oleh petugas kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Pihak JKNS memohon kerjasama semua pihak untuk memastikan pengurusan pergerakan pelajar pulang berjalan dengan lancar.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.