News

SESB akan buat pelarasan untuk “bil-bil anggaran” semasa PKP

KOTA KINABALU: Setelah melaksanakan pembacaan jangka di tapak, SESB akan membuat pelarasan kepada semua bil-bil anggaran bagi mendapatkan jumlah bil yang tepat.

Pemangku Pengarah Urusan SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid menjelaskan bahawa pihak SESB terpaksa mengeluarkan bil secara anggaran sebagai kaedah interim sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 16 April 2020.

“Ini kerana pembacaan meter di tapak tidak dibenarkan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

“Setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa, pembacaan dan pengebilan di tapak telah disambung semula pada 17 April 2020 untuk mengelak atau mengurangkan pengebilan secara anggaran yang tidak tepat yang kelak akan menimbul kesulitan kepada pengguna.

“Oleh itu, pengguna tidak perlu risau bahawa bil anggaran yang dikeluarkan SESB tidak tepat, pihak SESB tercaj dua kali bagi sesuatu tempoh atau mereka tidak mendapat diskaun 28% akibat tempoh bil yang panjang,” beliau berkata di satu kenyataan akhbar.

Beliau turut menjelaskan bahawa kenaikan bil elektrik secara melipat ganda yang dialami oleh ramai pengguna pada masa kini adalah disebabkan oleh penggunaan elektrik yang lebih semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

“Oleh yang demikian, penggunaan elektrik yang digunakan secara berlebihan mengakibatkan bil bulanan pengguna bertambah dari 35% ke 100%, malahan ada yang lebih daripada 100%” katanya.

Secara umumnya, penggunaan tenaga elektrik di rumah dapat dikurangkan apabila kita dapat mengamalkan penjimatan elektrik seperti berikut;
• Gunakan barang elektrik yang perlu saja.
• Mengurangkan penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai elemen pemanasan seperti cerek elektrik, seterika, pot pemanas air atau ketuhar yang menggunakan tenaga yang banyak ketika proses pemanasan peralatan tersebut.
• Penggunaan suhu penghawa dingin ditetapkan pada 24 darjah Celsius dan alat penghawa dingin ditutup sekiranya tiada orang di bilik atau ruang tamu berkenaan.
• Jangan kerap membuka pintu peti sejuk di rumah.

Setakat ini, lebih 80% pengguna domestik telah diberikan diskaun sebanyak 28% daripada Kerajaan Negeri Sabah membabitkan kos lebih kurang berjumlah RM 16 juta pada bil elektrik untuk tempoh 1 April, 2020 sehingga 21 Mei 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.