News

Bekas menteri pelancongan dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarah UMS.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (LPU UMS) yang baharu berkuat kuasa pada 3 Ogos 2020.

Naib chancellor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata pelantikan tersebut adalah sebagai menggantikan Datuk Md Sidek Ahmad.

Watikah pelantikan sebagai Pengerusi LPU UMS baharu telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad di bangunan Parlimen kelmarin.

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University London dan berdaftar sebagai Barrister-at-Law dengan kepujian di Lincoln Inn, London.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Institute for Development Studies Sabah (IDS) dari tahun 1994-2004 dan turut menjadi ahli lembaga pengarah di Bank Pembangunan Sabah waktu itu.

Dalam dunia politik, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Karanaan, Parlimen Ranau sejak tahun 2004 sehingga kini dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Warga UMS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan ini dan yakin bahawa Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan UMS di persada nasional dan antarabangsa.

Datuk Dr Taufiq

Sementara itu, warga UMS juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Wira Ir. Md Sidek Ahmad atas sumbangan dan jasa bakti selama memegang jawatan sebagai Pengerusi LPU UMS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.