Kes prasekolah SK Penampang rujukan klinik kesihatan

PENAMPANG: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 5-tahun dimasukkan dalam statistik kes jangkitan Covid-19 di Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata kes ke-402 itu telah dirujuk dari klinik kesihatan ke hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

“Kes dikesan positif Covid-19 semasa saringan sebelum prosedur di hospital berkenaan.

“Kontak serumah dan sekolah telah dikenalpasti dan mereka dikehendaki menjalani saringan Covid-19,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Semalam, kes tersebut tular di social media di mana satu dokumen daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarah prasekolah SK Penampang ditutup untuk dua minggu dan ibubapa diminta beri kerjasama untuk proses saringan untuk anak mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Dr Mistrine Radin juga mengesahkan kes tersebut di prasekolah SK Penampang, walau bagaimanapun beliau menjelaskan penutupan hanya berlaku di kelas bukan seluruh sekolah.

Kontak Warganegara Beluran di tiga daerah sudah dikenalpasti

Selain pelajar tadika, kes kedua yang dicatatkan semalam melibatkan seorang wanita warganegara dari daerah Beluran yang dirujuk ke hospital Duchess of Kent di Sandakan dan kemudian di hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Dr Christina menjelaskan semua kontak dari tiga dearah sudah dikenalpasti dan akan menjalani saringan Covid-19.

Setakat semalam, masih terdapat 16 kes yang masih dirawat di hospital-hospital.

Terdapat penumpang yang masuk ke Sabah tidak jujur

Photo by Josh Sorenson on Pexels.com

Sementara itu, beliau juga mengingatkan orang ramai yang memasuki Sabah untuk memberikan maklumat sejarah pergerakan dalam borang Pengisytiharaan Kesihatan Kemasukan Ke Sabah.

“Berdasarkan hasil pemantauan di Pintu Masuk Antarabangsa, didapati ada penumpang yang tidak memaklumkan sejarah perjalanan dari luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum tiba di Sabah.

“Jika didapati maklumat perjalanan dari luar negara disembunyikan, tindakan boleh diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana ia boleh menyumbang kepada penularan Covid-19 di negeri Sabah,”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.