Nafi Donggongon akan “ditutup”

PENAMPANG: Kerajaan Negeri Sabah menafikan mesej tular seluruh Donggongon akan ditutup dua hari bermula esok (12.12) untuk tujuan sanitasi.

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menyeru orang ramai untuk menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial.

“Mesej yang ditularkan tersebut adalah tidak benar.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial untuk membantu membendung penularan berita palsu berkaitan COVID-19,” beliau berkata di satu sidang akhbar maya.

Hari ini, terdapat dua premis perniagaan dan satu bank menyatakan staf mereka telah terjangkit dengan virus Covid-19.

Berkenaan dengan kluster kupi-kupi dan Kluster Jalan Domis di Penampang, setakat Dis 11, pihak kesihatan telah sahkan 64 telah dijangkiti untuk kedua-dua kluster.


Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.