Kunjung-mengunjungi semasa Krismas hanya pada Dis 25.

KOTA KINABALU: Orang ramai hanya dibenarkan untuk mengunjungi sesama sendiri pada Dec 25 sahaja. 

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata sempena sambutan Hari Krismas, rumah terbuka dan aktiviti carolling dari rumah ke rumah juga tidak dibenarkan. 

Walau bagaimanapun kerajaan negeri bersetuju untuk membenarkan penganut Kristian mengikuti sesi upacara sembahyang pada 24 Disember 2020 dan 25 Disember.

Sementara itu, Masidi juga berkata kerajaan telah bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Sabah dilanjutkan lagi bermula 21 hingga 31 Disember 2020.

“Dalam tempoh 14 hari (2- 15 Disember 2020), KKM mengesahkan jumlah kes harian COVID-19 di seluruh negeri ini masih lagi tinggi dan kebanyakan kluster adalah daripada kluster kediaman yang membabitkan warganegara. 

“KKM turut menjangka kan kes positif COVID-19 akan terus meningkat berikutan saringan pekerja Bukan Warganegara (BWN) yang baru bermula pada 16 Disember 2020.”

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 260 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 34,083 kes.

Terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Penampang iaitu Kluster Sugud mencatatkan lima (5) kes hari ini menjadikan kumulatif 26 kes. 

“Kluster ini berpunca dari aktiviti sosial melibatkan tiga buah Kampung iaitu Kg. Timpangoh Sugud, Kg. Tirig dan Kg. Timpayasa.” 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.