Mabuk, bukan gengsterism, punca rusuhan di restoran Beaufort

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya polis Sabah menyifatkan kes rusuhan di restoran Beaufort disebabkan kelakuan mabuk sekumpulan lima lelaki dan bukan serangan bersenjata kumpulan gangster.

Di Sabah tiada sebarang kumpulan gangster terancang seperti yang didakwa. Hanya kumpulan-kumpulan pemuda tempatan yang nakal dan agresif jika dalam keadaan mabuk.

Pesuruhjaya polis Datuk Hazani Ghazali berkata mengikut siasatan lanjut yang dijalankan, kejadian tersebut adalah serangan oleh sekumpulan lelaki tempatan yang telah sedia mabuk selepas menghadiri majlis perkahwinan di kuarters keretapi Beaufort yang tidak jauh dari tempat kejadian ke Restoran MyHeaven tersebut (diakui oleh semua 5 saspek yang ditangkap di dalam statement mereka).

“Serangan ini bermula, bila sekumpulan lelaki tempatan yang mabuk ini tidak berpuashati dengan pemilik restoran (saspek utama) yang tidak senang dengan kehadiran pembeli arak yang mabuk dan dikatakan menganggu perniagaannya.

“Kondisi pembeli arak ini boleh dikatakan dalam keadaan tidak waras/ mabuk bermula dari turun daripada kereta sehinggalah memasuki restoran tersebut dan bergaduh dengan seorang pelanggan di pintu tempat jualbeli ikan sebelum memasuki Restoran tersebut bagi membeli arak berdasarkan pengakuan saspek yang ditangkap,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Keenam-enam mereka adalah saspek-saspek yang telah melakukan jenayah merusuh ke Restoran tersebut dan 5 daripadanya telah ditangkap kerana terlibat dan dalam statement mereka mengakui memang menyertai rusuhan tersebut.

Bahkan pembuat laporan awal dalam kes ini adalah rakan pemilik Restoran tersebut (rakan saspek utama) yang bergegas ke Balai Polis untuk meminta bantuan akibat takut diserang, tetapi turut ditangkap bagi membantu siasatan.

Suspek utama Hobalan atau “Jimmy” bukan lagi orang dibawah pengawasan polis sejak 2008

“Saspek utama Hobalan A/L N Vello @Jimmy Black bukan lagi Orang Dibawah Pengawasan Polis lagi dan terakhir beliau dikenakan pengawasan adalah pada 2008 lalu, iaitu 12 tahun lalu.

“Dia juga telahpun berkahwin dengan wanita tempatan berbangsa Dusun asal Dari Keningau dan telahpun mempunyai 5 orang anak hasil perkahwinan tersebut.

“Dari rekod tiada apa-apa kes siasatan jenayah dibuka berkaitan penama Hobalan ini dari 2008 hingga tarikh kejadian,” Hazani berkata.

Kes ini dibuka di bawah Sek. 148/ 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dengan senjata dan menyebabkan kematian.

Dalam memulakan siasatan, mana-mana orang yang disyaki terlibat atau dipercayai ada kaitan dalam kes ini boleh ditangkap tanpa waran.

Tiada unsur pilih kasih, perkauman atau gengsterism

Oleh itu tindakan pihak Polis IPD beaufort dalam kes ini adalah betul dan tepat tanpa melanggar apa-apa peruntukan undang-undang negara sedia ada berdasarkan prinsip Rule Of Law.

“Dalam kes ini tindakan Polis adalah tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tindakan menangkap pihak-pihak terlibat samada di pihak perusuh sendiri dan 2 orang lagi isteri dan rakan saspek utama telah pun dibuat dan direman bagi membantu siasatan.

“Dari keterangan yang telah dirakam, jelas pihak perusuh iaitu 5 lelaki tempatan yang sewaktu tangkapan dilakukan dalam keadaan mabuk, mengakui telah pergi beramai-ramai ke Restoran tersebut membuat rusuhan dengan memecahkan kerusi dan meja Restoran bagi mencari saspek utama Jimmy yang pada waktu itu dikatakan sedang menyembunyikan diri dalam Restoran tersebut.”

Pihak Polis kini sedang sedaya upaya menggerakkan seluruh jentera dari pelbagai Jabatan dalam Polis Kontinjen Sabah dan Sarawak untuk mengesan dan menangkap saspek utama dalam kes ini iaitu Hobalan A/L N. Vello atau Jimmy Black dan seorang lagi rakannya Kesavan A/L Perambalan.

Pohon semua pihak bertenang dan berilah masa untuk pihak Polis menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini.

Orang awam juga amat dialu-alukan untuk membantu dalam mengesan saspek yang terlibat dengan menghubungi balai polis terdekat.

“Pihak Polis adalah satu pasukan yang profesional dalam menangani situasi melibatkan kes-kes jenayah tanpa mengira suku kaum atau bangsa berdasarkan peruntukan undang-undang sediada di Malaysia ini.

“Sebarang tohmahan yang dilemparkan kepada pihak Polis perlulah berdasarkan fakta yang berasas. Pihak Polis sentiasa peka akan situasi semasa dan kes yang berlaku telah diambil tindakan dengan pantas serta tidak berkrompomi dengan apa-apa perlakuan jenayah yang berlaku khasnya dalam kes ini.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.