JPAN anjur pertandingan cipta logo Sabah Maju Jaya bermula 22-29 Januari

Kenyataan akhbar Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 22 Januari 2021: Orang ramai dipelawa menyertai Pertandingan Mencipta Logo Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN).

Menurut Jurucakap Urus Setia, penyertaan ini terbuka kepada seluruh rakyat Sabah, bermula 22 Januari hingga 29 Januari depan, iaitu pada atau sebelum jam 12 tengah hari.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, namun hanya satu logo yang akan dipilih sebagai pemenang.

Setiap ciptaan logo mestilah asli dan tidak ditiru atau diplagiat dari mana-mana logo tempatan mahupun luar negara, serta tidak membangkitkan unsur-unsur sensitiviti.

Semua logo yang diterima oleh Urus Setia pertandingan akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri Sabah selaku pemegang hak cipta logo tersebut.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, manakala dua peserta akan menerima sagu hati berjumlah RM500 setiap seorang. Kesemua penyertaan akan diberikan sijil penghargann.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi JPAN, http://jpan.sabah.gov.my/ atau laman sosial rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Terdahulu, SMJ merupakan cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diilhamkan daripada cogan kata Jata Sabah iaitu Sabah Maju Jaya.

Singkatan SMJ telah menjadi elemen utama pelan Hala Tuju Ini bagi membangkitkan semangat dan patriotisme rakyat Sabah ke arah mewujudkan sebuah negeri yang makmur dan sejahtera.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.