Kedai emas dibenarkan beroperasi kerana dianggap sebagai sektor ekonomi penting.

KOTA KINABALU: Perniagaan penjualan barang kemas adalah dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata penjualan barang kemas adalah termasuk di dalam senarai perkhidmatan perlu iaitu sektor perdagangan pengedaran.

“Ini perlu diperjelaskan bahawa bukan semua penjual emas berada di kedai emas, ada juga yang secara jualan langsung.

“Jualan langsung merupakan aspek penting dalam ekonomi dan melibatkan ramai orang di dalam skop ekonomi kita,” beliau menjelaskan faktor penjualan barang kemas dibenarkan walaupun ramai yang menganggap sektor tersebut bukan di bawah kategori “essential”.

Baru-baru ini tular imej berkenaan dengan sebuah pusat terapi yang berjaya mendapatkan pengesahan daripada MITI untuk beroperasi semasa PKP.

Terdapat juga aduan daripada orang ramai bahawa terdapat penjualan CD/DVD di salah sebuah pusat beli belah.

“Seperti mana SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan bagi seluruh negara yang dikemaskini pada 21 Januari 2021, perniagaan seperti perkhidmatan urut dan penjualan CD/DVD adalah masih tidak dibenarkan beroperasi.

“Sehubungan itu, sekiranya terdapat perniagaan bukan perkhidmatan perlu yang beroperasi dalam tempoh PKP maka dipohon agar aduan dapat dikemukakan kepada pihak berkuasa agar tindakan penguatkuasaan yang selanjutnya dapat diambil.”

Pihak Kerajaan melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju dengan senarai perkhidmatan perlu yang telah dikemukakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu berjumlah 38 sebagai senarai perkhidmatan perlu seperti mana yang telah dinyatakan di dalam SOP AM PKP seluruh Malaysia dikemaskini pada 21 Januari 2021

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.