Community

MCMC turun padang di Kampung Ranggom, Keningau

KENINGAU: Susulan masalah capaian Internet lemah yang dihadapi oleh seorang pelajar tingkatan lima di Kg. Ranggom, Keningau bernama Atiqah Nurqistina Jamain, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan, pelbagai usaha giat diambil bagi memastikan masalah kesalinghubungan di kawasan berkenaan ditangani dengan segera.


Satu pertemuan antara pihak MCMC dan wakil penyedia perkhidmatan (terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan YTL) dengan pelajar berkenaan telah pun diadakan beberapa hari lalu bagi memahami masalah dan keperluan pelajar yang terkesan itu.

Semasa lawatan tersebut, ujian kelajuan jalur lebar turut dijalankan di kawasan rumah pengadu dan hasil ujian mendapati liputan di lokasi adalah tidak memuaskan.

Ketua Pejabat MCMC Cawangan Keningau, Encik Moris Miting (dua dari kiri) bersama-sama dengan wakil penyedia perkhidmatan dari Celcom, Digi, Maxis dan YTL mengadakan pertemuan dengan adik Atiqah Nurqistina di Kg. Ranggom baru-baru ini bagi mencari jalan penyelesaian kepada capaian Internet lemah yang dihadapinya.

Sebagai langkah sementara dalam meringankan kesusahan yang dihadapi oleh adik Atiqah Nurqistina, kerja-kerja pengoptimuman akan dijalankan oleh pihak Maxis di lokasi menara terdekat iaitu di Kg. Labak Baru Bingkor.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau juga boleh mendaftar dan menjadi ahli Pusat Internet Komuniti (PIK).

Sewaktu PKP ini, beliau boleh mengguna pakai kemudahan Wifi yang sedia ada di PIK tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa PKP dan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan.


Untuk penyelesaian jangka panjang, solusi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sudah pun dirancang.

Sebuah menara akan dibina oleh pihak Celcom menerusi projek JENDELA di Kg. Sungai Apin-Apin yang terletak lebih kurang 0.77 kilometer dari Kg. Ranggom.

Pembinaan menara ini yang dijangka siap pada bulan April 2022 akan menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dan para penduduk di sekitar Kg. Ranggom.

Sumber artikel: JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.