Covid 19: Lockdown tidak lagi berkesan di Sabah.

KOTA KINABALU: Walaupun Sabah mencatatkan jumlah kes yang semakin tinggi saban hari, “lockdown” bukanlah penyelesaian.

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dengan kes 1,066, di mana angka tersebut merupakan statistik harian yang tertinggi, penularan kes melibatkan separuh daripada kes merupakan kontak rapat, atau “kawan-kawan” yang menjangkiti “rakan-rakan” yang lain.

Berbanding dengan kes dahulu, iaitu localised, virus Covid-19 kini sudah berada di komuniti.

“Ini bermakna makin mudah dan makin ramai orang akan dijangkiti. Saringan secara besar-besaran yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuktikan andaian ini.

“Apabila virus COVID-19 sudah berada dalam komuniti, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yang berkesan untuk mengekang penularan.

“Setiap daripada kita secara tak sedar berkemungkinan sudah menjadi pembawa virus, tak kira kita sudah divaksin atau pun belum.”

Rakyat menderita, sumber kerajaan semakin terhad

Lockdown atau PKPD secara berterusan hampir melumpuhkan ekonomi kita di mana banyak
syarikat golong tikar atau rugi besar.

“Ramai penduduk kita hilang punca pendapatan dan sekarang bergantung kepada bantuan Kerajaan.

“Mereka mahu berkerja semula untuk menyara keluarga mereka. Kemampuan Kerajaan untuk terus memberi bantuan dan subsidi sudah terhad.

“Kita perlu mengimbangi hidup dan kehidupan. We have to balance lives and livelihood. Dan ini tidak boleh dibuat dgn pendekatan lockdown atau PKPD semata mata.”

Penyelesaian

Kunci melawan dan mengurus pandemik ini ialah pematuhan SOP dan meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan penduduk.

“Kapasiti JKNS untuk memberi vaksin sudah sampai ke tahap 50 ribu dos sehari dan akan dipertingkatkan lagi hingga ke sekitar 60 ribu dos sehari bergantung kepada stok vaksin kita.

“Rakyat sudah agak lesu dalam keadaan ‘terkurung’ dan mungkin sudah agak lalai mematuhi SOP. Pematuhan SOP secara total membantu kita mengelak dapada dijangkiti.”

“Apa yang perlu ialah bekalan vaksin yang cukup dan jadual penghantaran yang tidak terganggu.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.