Interaksi sosial antara penyumbang kes di perbandaran Sabah

KOTA KINABALU: Ibu negeri Sabah mencatatkan 351 kes daripada jumlah 1,379 jumlah Covid-19 pada hari ini (Ogos 8).

“Selain daripada kluster-kluster sedia ada, penambahan yang tinggi berlaku di kawasan perbandaran kerana jangkitan mudah terjadi di tempat kerja dan semasa interaksi sosial.

“Sekali lagi saya menyeru kpd rakyat agar sentiasa mematuhi semua SOPs khususnya penjarakan fizikal serta penggunaan pelitup muka, tidak keluar kecuali perlu dan mengurangkan kegiatan-kegiatan sosial,” menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut kenyataan beliau, data lapangan juga menunjukkan terdapat kenaikan tinggi kes positif di dua kluster sedia ada:Kluster Gambaron 2 di Telupid (68 kes) dan Kluster Pauh di Kinabatangan (60).

Saringan kontak rapat menyumbang kes baharu yg terbanyak hari ini, 752 (54.5%), bergejala 265 (19.2%), kluster 172 (12.5%), saringan bersasar 99 (7.2%) dan lain-lain 91 (6.6%).

Terdapat juga 17 kes yg melibatkan OKT (orang kena tahan), yakni samada di penjara atau pusat tahanan sementara Imigresen.

1,277 daripada 1,379 kes hari ini adalah dpd kategori 1 & 2, 2 orang dalam kategori 3, 3 orang dalam kategori 4 dan 2 orang dalam kategori 5.

Pesakit kategori 4 & 5 memerlukan rawatan rapi (ICU). 95 kes lagi masih dalam siasatan untuk menentukan pengkategorian.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.