Perayaan Regatta Lepa kembali selepas 2 tahun

SEMPORNA: Sambutan Regatta Lepa yang mempromosikan budaya dan keunikan tradisi suku kaum Bajau menjadi daya tarikan pelancong ke Sabah.

Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin berkata, melalui pelbagai acara dan program kebudayaan suku kaum Bajau yang dipersembahkan kepada tontonan semua lapisan masyarakat, dapat memartabatkan lagi budaya. 

“Pesta ini diperkenalkan pada tahun 1994 oleh Majlis Daerah Semporna merupakan satu sambutan bagi meraikan warisan sejarah etnik Bajau di daerah Semporna agar tidak luput ditelan zaman. 

“Regatta Lepa juga banyak mengetengahkan unsur budaya dan tradisi, namun kita yakin manfaat dan impak positifnya turut menyumbang kepada sektor ekonomi serta sosial masyarakat khususnya dalam industri pelancongan.

“Kehadiran pelancong-pelancong tersebut menjadi sumber aset kepada Kerajaan dalam memperkasakan bidang pelancongan di negeri ini terutamanya dalam aspek pendapatan negara,” katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian dan Sangom Maglami-Lami Sambutan Regatta Lepa kali ke-27 Bagi Tahun 2022 di Dataran Regatta Lepa baru-baru ini.

Tun Juhar melepaskan tembakan ke udara simbolik perasmian Sukan Air Regatta Lepa Semporna Kali Ke-27/2022- Jabatan Penerangan

Majlis perasmian pada 16 Julai tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar Mahiruddin.

Beliau percaya setelah sebulan pesta itu berlangsung, ia telah memperkukuh dan memantapkan lagi semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat pelbagai suku, kaum dan budaya.

Sukan air Regatta Lepa
Sukan air Regatta Lepa

Sambutan Regatta Lepa itu juga dimeriahkan dengan beberapa acara pertandingan sukan air.

Antara sukan yang dipertandingkan termasuk acara mengayuh kayak (Ma Kellek) kategori perseorangan dan regu lelaki dan wanita serta acara tarik tali perahu lelaki dan wanita. 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga telah mengumumkan memperuntukkan RM9.5 juta bagi mempromosi budaya dan kepelbagaian etnik di negeri ini.

Beliau berkata peruntukan tersebut akan diberi kepada Lembaga Kebudayaan Sabah manakala RM400,000 lagi diberi kepada persatuan kebudayaan bagi menyemarakkan aktiviti kebudayaan, kesenian dan bahasa.

“Ini adalah tanda kerajaan negeri serius dalam usaha mempromosikan kekayaan budaya dan kepelbagaian tarikan etnik di negeri ini yang merupakan aset penting kepada sektor pelancongan di negeri ini. 

“Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan untuk pelancong dalam dan luar negara manakala Pelan Pembangunan Kebudayaan Sabah juga akan digubal bagi mempromosikan warisan budaya Sabah. 

“Dalam pada itu, pemain Industri pelancongan juga perlu untuk bersifat inovatif, sedia berubah dan bersedia mengadaptasi pendekatan baharu dalam mengatasi pelbagai kekangan yang dihadapi terutama situasi negara dalam peralihan ke endemik,” ujarnya.

Suasana semasa Majlis Malam Penangguhan Regatta Lepa ke-27- jabatan Penerangan

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil pada Majlis Malam Penangguhan Regatta Lepa Semporna kali ke 27 bagi tahun 2020 di sini, pada Ahad. 


Tambah Hajiji, tema sambutan, “Regatta Lepa Pemangkin Budaya Keluarga Malaysia” amat sesuai dan tepat dan ia berjaya menarik kehadiran pelancong ke Sabah khususnya ke daerah Semporna. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.