Community

Borneo Tech Summit acara teknologi pertama di Sabah

Untuk menutup jurang teknologi di Sabah, program pembangunan kapasiti modal insan perlu sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dengan lebih organik dan bukan 'one-time off'.

KOTA KINABALU, NOV 23, 2022: Sabah ingin melihat penggunaan teknologi dan pendekatan inovasi dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi di negeri ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Datuk Zainudin Aman, berkata Sabah mungkin mempunyai cabaran yang berbeza berbanding negeri lain yang memerlukan penyelesaian berlainan.

“Atas sebab itu jugalah kita ingin melihat bagaimana penggunaan teknologi dan pendekatan inovasi dapat menyelesaikan masalah-masalah kita di Sabah.

“Ia tidak mustahil tetapi hanya dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan media berhubung inisiatif kerajaan dalam penganjuran tiga hari Borneo Tech Summit yang bermula semalam.

Datuk Zainudin berkata untuk menutup jurang teknologi di Sabah, program pembangunan kapasiti modal insan perlu sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dengan lebih organik dan bukan ‘one-time off’.

Sementara itu, beliau berkata Borneo Tech Summit adalah program tambahan kepada program sebelum ini yang telah dibuat contohnya Sandbox, Animasi Toon Boom, STEM, Makerspace Day dan banyak lagi.

“Kita juga menjemput pakar industri dari Semenanjung, Sarawak dan negara jiran, Filipina untuk memberi perkongsian terkini mengenai perkembangan teknologi dan bagaimana Sabah dapat menggunakan manfaat perkongsian ini dengan sebaiknya.

“KSTI mengharapkan agar ‘startup’ kita mengambil peluang dari Borneo Tech Summit ini sebaik mungkin untuk bukan sahaja belajar dan menimba ilmu baharu tetapi membina jaringan kolaborasi bersama ‘startup’ yang lain.

“Kita berharap agar Sabah dapat mengeluarkan sebanyak mungkin ‘startup’ dan di samping itu kita akan menyediakan program yang dapat membantu perjalanan startup mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC), Viviantie Sarjuni, berkata pandemik Covid-19 memberi pengajaran mengenai perlunya mempelbagaikan ekonomi, khususnya memanfaatkan teknologi untuk memacu ekonomi Sabah.

“Bagaimana jika menggunakan teknologi Augmented Reality / Virtual Reality untuk membina model perniagaan berasaskan pelancongan yang dibuktikan ketika pandemik.

“Mungkin ia kelihatan keterlaluan tetapi kita boleh sentiasa memulakannya dengan teknologi yang mudah yang bukan saja memacu pendapatan pemilik perniagaan, malah menyelesaikan isu yang menekan di Sabah.

“Semua inisiatif ini kemudiannya akan membuka peluang pekerjaan kepada akar umbi. Saya sangat berharap untuk ekosistem ini terus berkembang,” katanya.

Sebagai salah satu penganjur bersama simposium BTS 2022, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Net Sdn Bhd, Chin Kah Yi, berkata mereka berhasrat untuk melihat semua pemain dalam ekosistem merapatkan diri antara satu sama lain dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk membangunkan kapasiti ekonomi digital tempatan.

“Dengan persekitaran yang ditingkatkan seumpama itu, penggunaan teknologi dan rekaan inovasi lebih telus, inklusif dan kompetitif.

“Hasilnya nanti, ia akan memendekkan keluk pembelajaran, sekali gus mempercepatkan kemasukan ke pasaran syarikat pemula tempatan,” katanya.

Terdahulu, sidang kemuncak itu turut menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman antara KSTI dan Akademi AirAsia; KSTI dan Mereka Innovative Education Sdn Bhd; serta Farm Tokou dan MSD Innovation.

  • ends

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.