UMS terajui pembinaan loji mini rawatan air di Pitas

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) akan membangunkan projek mini loji rawatan air di Kampung Mengkapon Pitas.

Ketua Projek Prof. Dr. Kawi Bidin berkata, projek pembangunan mini loji itu memerlukan masa sekitar setahun untuk siap sepenuhnya.

Ia  menggabungkan kepakaran tenaga akademia FSSA UMS dari pelbagai bidang antaranya hidrologi, geologi, reka bentuk, kualiti air, dan elektronik serta automasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Projek yang dianugerahkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah tersebut dibangunkan dengan bantuan tenaga kepakaran dari FSSA UMS melalui geran Malaysian Social Innovation (MySI).

Menurut Prof. Dr. Kawi, sistem Tagal yang diamalkan komuniti di sini menyebabkan beliau serta seluruh ahli pasukan optimis menjayakan loji rawatan air mini berkenaan.

Namun tanpa penglibatan dan kerjasama semua pihak, projek ini tidak mampu dijayakan,” jelasnya.

Terdahulu pada Isnin lalu (17 Februari 2020), Dekan FSSA UMS, Prof. Dr. Baba Musta telah menyempurnakan upacara pecah tanah dan majlis meletakkan mercu tanda projek pembangunan mini loji rawatan air Kg. Mengkapon, Pitas.

Dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MESTECC atas keprihatinan pihak kementerian terhadap masalah penduduk kampung yang terlibat. 

Saya juga juga berbangga kerana Baitulmal Sabah memberikan kepercayaan kepada UMS khususnya FSSA menjayakan projek ini. 

Kita akan memastikan projek ini akan dilaksanakan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan,” katanya.

Kemuncak acara menyaksikan pihak FSSA UMS menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada penduduk kampung yang disalurkan oleh staf UMS, BERNAS, Alumni UMS dan orang perseorangan.

Note: Kenyataan Media dan gambar dikeluarkan oleh UMS.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.