Usahawan muda Kudat mula projek “Rak Kongsi Rezeki”

KUDAT: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kesulitan ini dirasai oleh mereka yang kurang berkemampuan, yang diumpamakan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan bagi seluruh negeri sejak Selasa lalu berikutan kerana peningkatan mendadak kes Covid-19 nyata memberi kesan kepada golongan itu.

Memandang berat isu kepayahan yang dihadapi oleh rakyat khasnya di kawasan kampung halamannya, anak muda ini tampil ke depan dan memulakan projek Rak Kongsi Rezeki.

Norlizah Gurahman, usahawan muda dari Kudat memulakan gerak kerja Rak Kongsi Rezeki.

Projek tersebut menyediakan pelbagai keperluan makanan seperti tepung, beras, gula, minyak masak, telur, susu, bihun, makanan dalam tin, biskut dan mi segera di 15 buah masjid dan surau di sekitar Kudat.

“Usaha ini saya lakukan bersama bantuan rakan-rakan dari segi tenaga untuk menghantar dan mengatur bahan bekalan.

“Wajar bagi saya berkongsi rezeki dari Allah bersama masyarakat di sini kerana saya anak jati Kudat dan saya mahu meringankan beban mereka yang terkesan dengan PKPB,” katanya.

Wanita berusia 33 tahun ini juga mengajak lebih ramai anak muda untuk tampil berkhidmat, membantu masyarakat yang memerlukan bantuan khasnya bantuan makanan di saat PKPB dilaksanakan di Sabah.

“Jika lebih ramai yang tampil ke hadapan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan, pastinya kita semua akan memperoleh keberkatan dan akan berjaya mengharungi dugaan ini dengan jayanya,”

Norlizah Gurahman

Tambahnya, beliau dan pasukan Rak Kongsi Rezeki akan memantau dan menambah stok makanan di semua Rak Kongsi Rezeki.

“Kita akan tambah stok yang berkurang kerana kita mahu stok itu sentiasa ada dan dapat dinikmati oleh saudara kita yang memerlukan,” ujar beliau.

Antara masjid dan surau menerima sumbangan makanan ialah Masjid Al Akmal Landung Ayang Kudat, Masjid An-Nur Kg Ayer Kudat, Masjid Nurul Hikmah Kg Gumpa Kudat, Masjid Nurhidayah Perpaduan Ria Kudat, Masjid Ar Riyasi Tanjong Kapor Kudat, Masjid Jamek Kg Pengaraban Kudat, Masjid Asyakirin Kudat, Masjid Al-Ihsan PPR Taman Ehsan, Masjid Ubudian Pekan Sikuati Kudat, Masjid Ar Rahman Kg Muhibbah Kudat, Masjid Imam Hj Dusaan Kg Korina Sikuati Kudat, Masjid Tun Mustapha Kg Limau-limauan Kudat, Masjid Al-Badar Kg Parapat Laut Kudat, Surau Kampung Milau Kudat, dan Surau Nur Budiman Kg Pantai Bahagian Kudat.

Objekti program ini diadakan untuk menggalakkan orang ramai bersedekah khususnya di kawasan Kudat.

Rak Kongsi Rezeki diletakkan dibeberapa buah masjid dan surau agar ramai penduduk peka dengan bantuan yang diberikan.

Di samping itu, program ini juga memudahkan setiap penduduk untuk sentiasa mendekati kepada pusat ibadah dan bermuhasabah di mana sekarang kita mengalami wabak COVID-19.

Program ini mendapat sambutan yang baik. Orang ramai juga digalakkan untuk bersedekah seikhlas hati.

Memunggah barang keperluan untuk diletakkan di Rak Rezeki
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.