Community

Jambatan Kg Piasau selamat-Bung Moktar

KOTA BELUD : Laluan di Jambatan kampung Piasau yang menjadi laluan utama penduduk kampung tersebut dan sekitarnya selamat digunakan untuk semua jenis kenderaan walaupun terdapat kesan tanah runtuh.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radinberkata beliau di maklumkan oleh pihak Kejuruteraan JKR mengesahkan bahawa laluan berkenaan masih selamat untuk digunakan.

” Tidak perlu bimbang, keadaan jambatan ini masih baik dan kukuh hanya memerlukan sedikit pembaikan bagi menghalang hakisan berlanjutan dan kerja kerja untuk membaiki Kepala Jambatan (Abutment) akan dilaksanakan ” katanya dalam kenyataan media beliau.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata demikian bagi mengulas kebimbangan orang ramai yang melalui jambatan tersebut yang mendakwa terdapat sedikit hakisan berlaku di kawasan tebing jambatan Kampung Piasau .

Menurut Bung bagi menangani masalah hakisan kerja-kerja pembaikan kepala Jambatan Dan hakisan yang berlaku ditebing sepatutnya mula dilaksanakan pada selesa lepas, bagimana pun faktor cuaca hujan ,banjir dan air yang deras kerja kerja pembaikan terpaksa ditangguhnkan.

” Pihak kontraktor yang akan melaksanakan kerja kerja pembaikan ini telah pun menghantar beberapa buah mesin mereka ke kawasan ini, jika keadaan cuaca mengizinkan kerja kerja akan dimulakan segera dengan membaiki Kepala Jambatan Abutment dan memasang stone Pitching works dibahagian tebing yang terhakis.

Dalam perkembangan lain Bung berkata Jambatan di kampung Melangkap yang runtuh ekoran bencana banjir baru baru ini telah pun siap dilaksanakan dan kini boleh digunakan oleh penduduk setempat.

Katanya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu selepas lawatan beliau meninjau sendiri kerosakan jambatan Melangkap Baru-baru ini.

” Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan JKR Pusat dan daerah atas komitmen mereka menangani masalah ini” Katanya.

Tambah Bung Kota Belud adalah antara daerah yang banyak mengalami kerosakan jalan dan jambatan runtuh ekoran bencana banjir yang berulang kali berlaku di daerah itu.

” Di lain lain daerah saya juga meminta pihak Jurutera Daerah untuk memantau keadaan dan ini selari dengan tanggungjawab pasukan petugas khas yang kita tubuhkan bagi memantau keadaan ini” tambah Bung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.