Community

Bekas Ketua Hakim Negara menjual susu di FB online?

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Hakim Negara membuat satu penampilan di Facebook online untuk menjual dua jenama susu untuk kanak-kanak.

Tan Sri Richard Malanjum merupakan salah seorang personaliti yang dijemput menjual barang di siaran Facebook live di Sabah Online Store.

Beliau dengan nada santai menyeru mereka yang baru berkahwin atau ingin menimang anak untuk membeli susu-susu tersebut.

“Those who are keen to have strong children, siapa tahu jadi Usain Bolt atau Mike Tyson, kasi minum la.

“Tuan tuan dan puan puan, kepada mereka yang tiada anak ataupun anak sudah besar, dan ada mampu beri sikit-sikit duit, boleh lah membeli banyak-banyak juga untuk berikan kepada anak-anak di luar bandar.

“anak mereka minum air biasa saja, kadang-kadang air gula saja,” beliau berkata sambil menggalakkan orang ramai menyumbang bantuan kepada komuniti sempena perayaan Krismas.

Richard juga merupakan pengerusi Yayasan Osimal yang giat membantu orang ramai selepas beliau bersara dan terutama apabila Covid-19 melanda dunia.

Untuk menonton klip Richard, boleh lihat video tersebut starting minit ke-5.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.