Community

Upko pungut derma RM120k for peniaga gerai “sinalau bakas” dan individu.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) melancarkan pungutan derma bagi membantu dua peniaga gerai makanan dan dua individu yang dikompaun bernilai RM120,000 di Jalan Sulaman Tuaran, pada Isnin.

Timbalan Bendahari Agung UPKO, George Teo berkata, derma itu bagi membantu Rayner Longtin, 32, dan seorang lagi peniaga di gerai bersebelahan yang masing-masing dikenakan kompaun RM50,000.

“Kedua-dua peniaga kini tertekan dengan jumlah kompaun yang tinggi sedangkan pendapatan mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Dua lagi yang dikompaun ialah rakan kepada Rayner yang masing-masing dikenakan RM10,000 setiap satu. Saya fikir ini tidak masuk akal kerana salah seorang rakan beliau ini masih menuntut di sekolah menengah,” katanya di satu kenyataan media.

Menurut George, beliau memahami pihak berkuasa hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Namun, kita juga perlu melihat perkara ini dalam konteks yang menyeluruh. Sebelum kompaun dikeluarkan, sepatutnya kertas siasatan dibuka seperti beberapa kes yang dilaporkan melibatkan artis dan menteri.

“Biarlah tindakan penguatkuasaan dibuat secara saksama untuk semua pihak tanpa ada istilah double-standard,” ujarnya.

Isnin lalu, Rayner dikenakan kompaun ketika operasi gerainya hendak ditutup, kira-kira pukul 10.00 malam.

Komik netizen peniaga sinalau bakas dikompoun RM50,000
Komik @kenonSabah peniaga sinalau bakas dikompoun RM50,000

Dalam kejadian itu, beberapa anggota polis datang dan meminta beliau mengeluarkan kad pengimbas MySejahtera, alat pemeriksaan suhu serta buku catatan kehadiran pelanggan yang telah pun disimpan.

Selepas membuat semakan, Rayner, peniaga bersebelahan dan dua rakan yang ingin menumpangkannya pulang ke rumah telah dikenakan kompaun.

Pelanggan yang masih berada di dalam gerai dan sedang menghabiskan makanan tidak dikenakan sebarang tindakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.