KOTA KINABALU: Sebagai tanda solidariti Kerajaan Negeri Sabah, kabinet telah bersetuju untuk memotong separuh gaji semua menteri dan pembantu menteri,.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata pemotongan tersebut berkuatkuasa selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah, semalam.
Selain itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga turut melepaskan 30 peratus daripada gaji mereka, selama sebulan.
“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik COVID-19.
“Kami dalam Kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya.
Dalam mesyuarat itu, Kabinet negeri turut mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik berkenaan.