RANAU: Jangkitan Kluster Pekan Ranau disyaki bermula di sebuah klinik swasta sebelum menular kepada para pelanggannya.
“Kluster tempat kerja ini dikesan oleh klinik berkenaan melalui saringan bergejala apabila dua orang staf yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Julai 2021, sekaligus menjadi kes indeks.
“Saringan terhadap 246 kontak seterusnya mendapati 13 lagi kes terbitan masing-masing enam (6) kes pada 13 Julai 2021, dua (2) kes pada 14 Julai 2021 dan lima (5) kes pada 15 Julai 2021,” kata jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun di kenyataan media.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes termasuk lima (5) kes baharu hari ini. Manakala, tujuh (7) kes masih menunggu keputusan.