Community

Jemaah di masjid negeri patuh SOP

Kota Kinabalu: Solat sunat Hari Raya Aidiladha 1442H di Masjid Negeri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan kehadiran 30 orang ahli jemaah.

Solat sunat bermula pada pukul 7.40 pagi diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting dengan mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup separuh muka.


Seusai solat sekitar 8.00 pagi, para jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Meraih Keredaan’ yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar.

 
Dalam pada itu, khatib turut mengingatkan para jemaah untuk menghayati erti pengorbanan dalam kehidupan terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara.


Antara jemaah yang hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman.

Sumber kenyataan media: Jabatan Penerangan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.